‘Beliau Perkenalkan Dirinya Raja Malaysia, Saya Ingat Itu Jenaka…’ Rihana Petra Dedah Bermula Kisah Cintanya Bersama Sultan Muhammad V - Page 5 of 7 - Glam Malaysia

‘Beliau Perkenalkan Dirinya Raja Malaysia, Saya Ingat Itu Jenaka…’ Rihana Petra Dedah Bermula Kisah Cintanya Bersama Sultan Muhammad V

Baru-baru ini, pendedahan laporan antarabangsa berkaitan perkahwinan dan seterusnya kelahiran cahaya mata Sultan Muhammad V bersama isterinya Rihana Oksana Petra mendapat perhatian umum. Malah, Rihana atau nama sebenarnya Oksana Voevodina secara rasminya berkongsi gambar kelahiran cahaya mata pertama mereka yang lahir pada 21 Mei yang lalu di laman Instagramnya, walaupun belum ada kenyataan rasmi dari pihak Sultan Muhammad V atau pihak istana sendiri.

Dan baru-baru ini berdasarkan perkongsian Rihana, Rihana nyata kini dilamun bahagia bersama suami tersayang malah turut berkongsi detik perkenalan bersama Sultan Muhammad V, apatah lagi dirinya mengakui keputusan untuk berkahwin merupakan pilihan yang tepat.

Namun, berdasarkan laporan di media bertarikh 20 Julai, Firma Guaman Eversheds Harry Elias LLP mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bercerai talak tiga dengan bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko. Peguam, Koh Tien Hua, memaklumkan Sultan Muhammad V bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah.

Apa-apa, semoga tabah buat kedua belah-belah pihak.Tanpa membuang masa, jom kita rekap kisah cinta mereka berdua melalui perkongsian Rihana di laman Instagramnya @rihanapetra.

5 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Saya pernah ragu-ragu andainya tidur saya pun akan terganggu, tetapi kini sudah biasa dengan tabiat dan jadual waktunya, maka saya juga dapat berehat dan tidur … kadang-kadang. Segala keraguan saya terhadap menjadi ibu orang memang tiada berbatas. Masa inilah detik yang paling bermakna di dalam kehidupan seorang wanita. Yang paling penting, saya tidak takut lagi untuk menjadi seorang ibu. Jika saya dikurniakan lebih cahaya mata oleh Allah, saya akan menerima kurniaan itu dengan segala kesyukuran. Sehingga waktu itu, putera kecil kami akan terus membesar dan memberi kasih sayang kepada ibubapanya serta kepada semua insan yang menyayangi dan mendukunginya.”