'A' untuk Attitude dan Anthony Vaccarello - Glam Malaysia

‘A’ untuk Attitude dan Anthony Vaccarello

Anrhony bersama Donatella

Anthony (kanan) bersama Donatella

Anthony Vaccarello, Pengarah Kreatif Yves Saint Laurent melancarkan koleksi pertamanya dibawah jenama itu di Paris Fashion Week (PFW) 2016, semalam.
 
Pereka fesyen kelahiran Brussel, Belgium yang dikenali dengan rekaan signaturnya iaitu thigh-high, body-con school of dressing masih mengekalkan gaya tersebut untuk koleksi Musim Panas/Bunga 2017 Yves Saint Laurent.
 
Vaccarello menghasilkan 44 rekaan dan hampir 99 peratus dari kesemua rekaannya berwarna hitam. Antaranya tuksedo klasik, jaket biker, military-style outerwear selain daripada gaun mini. Meskipun sesetengah rekaan tampak unconventional, ia masih berjaya memukau penonton.
 
Apabila ditanya tentang definisi seorang gadis Yves Saint Laurent, Vaccarello memberitahu bahawa gadis Yves Saint Laurent sangat menghormati masa lampaunya namun dari segi fesyen, she’s dressed for now.
 
Secara keseluruhannya, koleksi Yves Saint Laurent dibawah arahan Vaccarello adalah bold, strong dan dark. Meskipun Vaccarello sedang bernaung dibawah jenama ikonik ini, dia masih menonjolkan elemen individulistik yang kuat dalam setiap rekaannya.
 

See also
Eka Di FOPE; Gabungan Inovasi Dan Kemewahan

 
Oleh: Lylatul Qadrina