10 Wanita Yang Memberi Impak Dalam Dunia Fesyen Untuk 2018 - Page 8 of 10

10 Wanita Yang Memberi Impak Dalam Dunia Fesyen Untuk 2018

2018 is all about how to influence and who to influence.

 

Untuk 2018 ini, dunia fesyen telah menyaksikan pelbagai kejadian menarik seperti kebangkitan stail era 90-an, fesyen sustainable hingga keĀ athluxury. Kami tidak sabar pula untuk kejutan 2019 yang menanti dunia fesyen.

 

2018 juga menunjukkan populariti golongan selebriti yang juga memainkan peranan sebagaiĀ influencer menggunakan landasan media sosial mereka. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pakaian mereka.

 

Laman pencarian fesyen ternama Lyst telah menghimpunkan data melibatkan jumlah pencarian dan hasil jualan melalui 50 selebriti yang diperhatikan sepanjang 2018. Daripada 50 itu, 10 yang paling berpengaruh telah pun dikenali. Klik seterusnya.

8 of 10

3. Meghan Markle

Meghan Markle a.k.a Duchess of Sussex sudah mula mempengaruh pemilihan fesyen orang ramai sejak hubungannya bersama Putera Harry disahkan. Malah dress Givenchy dan Stella McCartney yang dikenakannya pada hari perkahwinannya juga telah memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mencari stail yang sedemikian. Mengikut penyelidikan ini juga, mana-mana pereka yang rekaan mereka menjadi pilihan Meghan, kenaikan sebanyak 200% pasti di dalam genggaman.