10 Wanita Yang Memberi Impak Dalam Dunia Fesyen Untuk 2018 - Page 6 of 10

10 Wanita Yang Memberi Impak Dalam Dunia Fesyen Untuk 2018

2018 is all about how to influence and who to influence.

 

Untuk 2018 ini, dunia fesyen telah menyaksikan pelbagai kejadian menarik seperti kebangkitan stail era 90-an, fesyen sustainable hingga ke athluxury. Kami tidak sabar pula untuk kejutan 2019 yang menanti dunia fesyen.

 

2018 juga menunjukkan populariti golongan selebriti yang juga memainkan peranan sebagai influencer menggunakan landasan media sosial mereka. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pakaian mereka.

 

Laman pencarian fesyen ternama Lyst telah menghimpunkan data melibatkan jumlah pencarian dan hasil jualan melalui 50 selebriti yang diperhatikan sepanjang 2018. Daripada 50 itu, 10 yang paling berpengaruh telah pun dikenali. Klik seterusnya.

6 of 10

5. Beyoncé

Gambar Kevin Winter/Getty Images for Coachella

Memecahkan tradisi Coachella tahun ini sebagai wanita pertama yang untuk menjadi tarikan utama, Beyoncé juga memukau orang ramai dengan pilihan busananya untuk persembahannya. Hoodie kuning rekaan khas Balmain yang menjadi pilihan Queen Bey pada malam itu menunjukkan kenaikan sebanyak 58% untuk pencarian hoodie Balmain. Malah sut merah jambu yang dikenakan oleh Bey dalam video muzik Apes*it juga menjadi tarikan utama dalam kalangan peminatnya.