NEXT STATION...CHANEL - Glam Malaysia

NEXT STATION…CHANEL

1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

TEKS: AIZAT AIDID

GAMBAR: CHANEL

Grand Palais bertukar wajah lagi. Kali ini Chanel mencipta stesen kereta api untuk pementasan koleksi Pra-Musim Bunga 2020 mereka. Ia satu set yang sempurna dengan trek kereta api, bangku-bangku tersusun sepanjang trek itu serta semua penumpang diberikan hidangan makan pagi di kafe Le Riviera

Cukup nostalgik sekali, mengenangkan ia adalah koleksi perdana Virginie Viard, selaku Pengarah Kreatif baru Chanel. Momen kembara dipilih olehnya sebagai satu penghargaan kepada mendiang Coco Chanel dan mendiang Karl Lagerfeld yang sering bermain dengan idea kembara.

 

Mentari pagi menyimbah ke trek stesen itu membawa sinar baru buat Chanel. Membuka acara adalah helaian yang meminjam idea ceraian lelaki. Ada jaket yang diinspirasikan daripada jaket kerja lelaki dan dilembutkan bersama rantai bunga Camelia. Aliran Baru yang dibawa oleh Viard termasuklah penggunaan rona-rona segar seperti hijau, ungu dan merah jambu yang digayakan bersama leggings yang bermotif Chanel. Gaya sporty digambarkan melalui paduan jaket tweed bersama seluar bermuda pendek yang diperbuat menggunakan kulit lembut. Ini adalah cita rasa Chanel yang baru. Lebih segar serta jiwanya muda.

See also
Hashtag Perkahwinan Kreatif Oleh Marielle Wakim