Energi Wild Bloom Fiorever Daripada Bulgari - Glam Malaysia

Energi Wild Bloom Fiorever Daripada Bulgari

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Teks: Yana Baharudin

Gambar: Bulgari

 

Bulgari, jenama jauhari asal Itali ini memperkasakan hiasan mewah wanita hari ini dengan rekaan berlian lebih lantang. Energi free-spirited women diadaptasi menerusi gemerlap bunga empat kelopak yang dipanggil fiorever. 

 

Fiorever adalah singkatan  daripada perkataan bunga bahasa Itali Fiore juga gabungan forever- Fiorever. Bagi Bulgari mereka menyanjung kecantikan semula jadi pada setiap kejaidan kelompok mahupun bentuk bunga lalu mempersembahkan seni kecantikan baharu buat wanita dalam bentuk yang lebih mewah dan tersendiri sejak 1920 lagi. Hari ini, rekaanya tampil dengan selera lebih moden, Fiorever dijelmakan dalam misi baru. Rekaan empat kelopak menjadi simbol gaya wanita feminin langsung menyerlahkan lagi sisi kontemporari.