Retorik: Fashion As A Passion

Retorik: Fashion As A Passion

Feb. 22, 2015 - London, England - David Koma. MODEL ON BACKSTAGE, FASHION, BEAUTY,  WOMAN,  LONDON FASHION WEEK  COLLECTION FALL WINTER 201, PRET A PORTER, HERBST AUTUMN READY TO WEAR RTW WOMEN.LONFW15 (Credit Image: © PPS/ZUMA Wire)Gambar: TPGVIP

 

“Tom, what have you done now??”... teriak ibu kala ternampak saya mengambil salah satu kutang kegemaran ayah, celupnya dengan warna dan menggayakannya laksana dress mini sewaktu berusia 14 tahun. Meskipun dari ton suaranya ibu amat marah dengan kelakuan saya, dia sebenarnya cukup lali dengan keletah anaknya ini. Malah dia pun sebenarnya cukup inovatif dengan fabrik malah menggalakkan kecintaan kami untuk berfesyen. Seperti yang saya katakan tadi, ini bukanlah kali pertama saya menyelongkar gerobok mereka dan menukar gaya biasa dan membosankan mengikut perkembangan fesyen terkini. Malah banyak lagi insiden di mana saya menggunakan imaginasi sendiri dan melahirkan sesuatu yang luar biasa. Membesar di bandar seperti Kuching pada waktu itu tidaklah begitu ideal untuk memiliki koleksi terkini atau yang mesti ada. Bukan saja butik, mahu dapatkan majalah pun terpaksa tunggu sehingga enam bulan kemudian. Sebab itu anda perlukan fabrik dan merekanya menggunakkan apa sahaja bahan yang ada.

See also
Datin X: Apabila Nikmat Ditarik Satu Persatu

 

Sungguhpun begitu, situasi ini langsung bukan penghalang untuk bergaya. Malah menjadikan saya lebih berdikari dan kreatif. Pendekkan cerita, saya tidak akan berkompromi tentang bab bergaya. Zaman saya membesar langsung tidak sama dengan sekarang di mana kami tidak menghabiskan masa dengan menonton televisyen atau bermain komputer sebaliknya melawat satu muzium ke satu muzium lagi. Di sini banyak dipamerkan pakaian-pakaian rasmi beberapa kumpulan etnik yang berbeza di Sarawak.

 

Namun yang ketara, rata-ratanya setiap fesyen atau fabrik bersulam manik. Bukan sahaja material, bumi Borneo ini juga mempunyai burung Enggang atau Kenyalang yang memiliki warna yang cukup cantik selain burung Raja Udang dan Orkid liar yang tumbuh di setiap halaman rumah. Elemen-elemen ini membuatkan saya berani untuk bereksperimen dengan pelbagai jenis gaya dan stail sejak remaja lagi. Bila berpeluang menjejakkan kaki buat kali pertama di Kuala Lumpur selepas tamat tingkatan enam, doa saya seakan dimakbulkan. Bagaikan ditadah tulang emas, disinilah pemerhatian dan pembelajaran mengenai fesyen saya semakin meluas. Lantas mengilhamkan saya untuk sentiasa berdaya reka. This has always been my personal ode to life or perhaps Achilles heel at times, but that’s a whole book of stories to tell. 

 

See also
Album 4:44 Oleh Jay-Z Menceritakan Kisah Curangnya Terhadap Beyoncé

Ya, membesar di Kuching memang banyak keistimewaannya, apatah lagi kami dilimpahi budaya dan imej sesuatu puak yang mewakili orang Sarawak secara keseluruhannya. Cukup sebati dalam diri, saya pegang warisan ini dan terjemahkannya di dalam rujukan fesyen dengan suntikan moden. Bagi saya tradisi dan warisan antara rujukan hebat untuk membuahkan inspirasi. Misi saya sudah tentulah melahirkan rekaan yang relevan dan kontemporari serta memiliki elemen warisan sebagai identiti. Sebab itu kebanyakkan koleksi yang saya hasilkan seperti baju kurung, kebaya, sari dan kimono mendapat sentuhan moden. Suatu perkara yang anda perlu tahu masa akan sentiasa berubah begitu juga dengan bentuk badan dan gaya hidup seseorang. Apa yang digayakan 20 tahun lalu mungkin tidak sesuai digayakan begitu lagi. Perlu ada modern twist nya.

 

Saya percaya akan pentingnya DNA buat seorang pereka. Biarpun pada usia sekarang, saya sentiasa bersemangat dan teruja bila masuk bab berpakaian dan aksesori yang mahu digayakan setiap hari. Begitu juga apabila mencipta dan merencanakan idea baru buat pelanggan, walaupun sudah masuk dekad ke tiga berada di dalam industri ini. Bagi saya ramuan penting buat seseorang pereka adalah ‘passion’. Tanpanya, idea akan tampak kusam membosankan! Walaupun menerima pendidikan formal dalam bidang fesyen, itu bukanlah jaminan untuk seseorang pereka menjadi yang terbaik. Latihan dan sentiasa laparkan ilmu membolehkan anda memperbaiki kemahiran. Bagi saya wanita perlu memakai helaian yang menyerlah lagi personalitinya. I could go on forever about clothes and styling but more than anything else, my mantra is dress for occasion, respect your host, make sure it flatters you. 

 

See also
Datin X: Menunjuk-nunjuk Di Media Sosial

Oleh: Datuk Tom Abang Saufi