6 Eksperimen Seks Boleh Anda Nikmati Bersama Pasangan. Harus Cuba! - Glam Malaysia

6 Eksperimen Seks Boleh Anda Nikmati Bersama Pasangan. Harus Cuba!

Jika anda sudah cukup selesa dengan kehidupan seks bersama pasangan dan tidak mahukan sesuatu yang baru, sila tutup tab ini dan baca artikel lain! Tetapi, jika anda berfikiran terbuka dan mahukan pengalaman yang lebih hangat dan mengujakan, teruskan membaca.

Hubungan intim sememangnya aktiviti yang penuh kenikmatan, tapi jika dilakukan ala kadar saja lama-kelamaan ia akan menjadi satu aktiviti yang membosankan. Ubah kebiasaan agar seks bukan hanya sekadar rutin.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. POSITION OF THE WEEK SEX

Mencuba posisi baru berikan kesempatan untuk mengenali apa yang anda dan pasangan suka. Mungkin dengan mencuba beberapa posisi baru, anda akan jumpa titik orgasma si dia. Ia akan buatkan anda dan pasangan lebih puas kerana apabila bereksperimen dengan posisi berbeza, anda tahu posisi mana yang mendatangkan hasil dan posisi mana yang menghambarkan momentum seks kalian berdua.