Datin X: Tidak Semuanya Manis Bila Beristeri Muda

Datin X: Tidak Semuanya Manis Bila Beristeri Muda

Keluarga Suraya memang berasal daripada kalangan orang berada. Sejak arwah datuknya menjadi sebahagian daripada konsulat luar negara, rata-rata ahli keluarga Suraya kahwin dengan bangsa asing. Jadi keluarga mereka bertebaran di serata benua di dunia, malah ibu Suraya sendiri berbangsa Inggeris dan kini menetap di bumi kelahirannya. Nak dijadikan cerita, Suraya bertemu jodoh dengan lelaki Melayu dan kembali tinggal di tanah air sebaik berumahtangga. Kerjayanya yang sedang memuncak itu ditinggalkan begitu sahaja; demi cinta dia sanggup jadi suri rumah sepenuh masa. Suami Suraya juga bukanlah orang sembarangan. Nama pun company director, poket boleh tahan tebal lah juga.

 

Datin X selalu rasa keluarga Suraya nampak seakan the perfect little family of four. Anak sepasang comel-comel, maknya lawa persis Mat Saleh, bapa pun segak juga. Nampak bahagia sangat. Ramai puji dan tidak kurang juga yang mendengki. Anak baru nak masuk dua orang, suami Suraya sudah mula buat hal. Datin X bukanlah nak generalize semua lelaki Melayu, tapi kebanyakan lelaki Melayu kalau sudah berduit sikit, mesti pasang girlfriend baru kan? Kasihan Datin X tengok Suraya menguruskan keluarga sendirian tanpa ada keluarga terdekat membantu. Kata jiran sebelah-menyebelah, mereka boleh dengar suara makian suami bak halilintar dan bunyi barang dibaling berdentam-dentum, membangkitkan rasa takut jiran hingga ada yang menelefon polis.

See also
Korner Mak Datin: Bila Kecantikan Dimamah Masa, Datin Murung Separuh Gila

 

Hari tu, ada orang beritahu yang Suraya jual semua barangan peribadinya di internet. Tahu-tahu, dia sudah pergi bawa diri untuk kembali tinggal sebumbung dengan ibunya di luar negara. Seperti yang dijangka, drama Suraya dan suami masih belum selesai selagi keputusan hak penjagaan anak belum diputuskan oleh mahkamah. Suami guna ‘kabelnya’ untuk gertak Suraya agar cepat mengalah. Katanya dia takut jika Suraya bawa lari ke luar negara, akidah anak-anaknya juga akan bercelaru memandangkan gaya hidup si ibu agak kebaratan.

 

Sudahlah wang nafkah untuk anak-anak langsung tidak diberi sepanjang kes berlangsung, Suraya dihalau keluar dari rumahnya sendiri. Kasihan Suraya sudahlah terpaksa bertanggak di rumah kawan, dia juga hampir kehabisan wang simpanan kerana membayar peguam hingga terpaksa meminta bantuan ibu di luar negara. Dalam pada itu juga, suami tersebut sempat juga menikah satu lagi. Katanya isteri baru bagai menyimbah minyak ke dalam api kerana tiba-tiba masuk campur dan tawar diri mahu menjaga anak-anak Suraya andai ibunya berkeras mahu berpindah ke luar negara.

 

Bagai tiada berkesudahan, entah bila masalah ini akan selesai.

 

Datin X sedih betul mendengar keluarga muda yang rumahtangganya berantakan hingga memberi kesan kepada anak-anak yang masih kecil. Kalau iya pun perkahwinan tidak lagi dapat diselamatkan, orang ketiga jangan pula lebih kuah dari sudu. Seperti saudara Datin X, dia hidup bermadu. Sebagai isteri pertama dan memiliki anak-anak yang sudah dewasa, dia bantah sekeras-kerasnya apabila suaminya pulang memberitahu yang dia akan menikah satu lagi dengan budak umur 19 tahun. Isteri pertama merajuk membawa diri, manakala anak-anak membuat kecoh dan mula bersikap kurang ajar dengan bapa sendiri.

See also
KANVAS EMAS KIM IL TAE

 

Bila bapa berasakan dia sudah lagi tidak dihormati, dia mulai membuat penukaran nama pada beberapa hartanah peribadi. Harta-harta bernilai belasan juta ringgit itu menjadi hak anak-anak isteri kedua yang mana si abang sulung baru sahaja masuk sekolah menengah. Anak-anak isteri pertama yang sudah beranak-pinak semakin memberontak. Tetapi nak mengamuk macam mana? Lagi mereka memberontak, lagi lah bapa mereka menjauhkan diri. Susah kalau nak minta bantuan wang ringgit nanti. Sekarang ni pun, anak-anak dari isteri pertama hidup serba sederhana. Duduk rumah teres, itu pun menyewa. Pakai kereta Myvi. Memang tiada siapa menyangka yang bapa mereka hartawan ternama dengan duit dalam akaun berjuta-juta.

 

Lelaki pun mesti fikir common sense. Jangan terlalu ikut nafsu. Masa muda, tahu melayan nafsu sahaja. Umur sudah nak masuk separuh abad, ada hati mahu bernikah dengan budak 19 tahun. Sekarang umur sudah nak dekat 70 tahun, manakala isteri kedua masih bergetah, umur 35 tahun. Awak sudah jalan bertongkat sampai kena pakai lampin dewasa, isteri muda masih pasang badan dan masih sibuk melawa. Awak nak ke sana-sini pun kena ada jururawat ikut. Jadi sedar-sedar lah diri, bila-bila masa saja isteri muda tu boleh tinggalkan saja awak di tepi jalan. Sebab Datin X pernah tengok dengan mata kepala sendiri seorang isteri muda membiarkan suami tua yang sudah bedridden, baring di balkoni luar rumah seharian. Bila ditanya kenapa, jawabnya rumah berbau najis sebab suaminya itu buang air besar dalam lampin. Jadi terpaksalah pindahkan suaminya di luar rumah pada siang hari. Dia kata dia sudah tak kuasa nak cuci najis suami berkali-kali dalam sehari. Mahu menetap dengan anak-anak, tiada siapa pun yang tawar diri untuk mengajakbapa tinggal bersama. Agaknya semua anak-anak terlalu berkecil hati dengan sikap bapa yang membuang ibu mereka begitu sahaja. Lagi pun ibu tiri mereka mengharamkan anak-anak dari madunya untuk menjejakkan kaki ke dalam kawasan rumah agamnya. Oh ya, perempuanitu sekarang memang gaya macam mem besar. Suami masih bernyawa tapi gayanya seakan sudah menjadi janda. Janda berhias!

See also
Datin X: Parti Liar Di Luar Negara

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Ogos 2017.