Datin X: Kaduk Naik Junjung

Datin X: Kaduk Naik Junjung

datin10 2Gambar: Arkib GLAM

 
Acap kali ada majlis keraian, hati ini berat sungguh mahu mengadap Datin Sally. Kalau boleh mahu mengelak saja daripada dia. Bukan apa mahu bernanah telinga ini mendengar ceritanya yang mendongak ke langit. Mahu tunjuk kekayaannya. Ya, kamu suka membeli… so what? What makes you think you are so great? Bukanlah kamu ini isteri Perdana Menteri atau Permaisuri Agung. Datin X dan teman-teman juga hidup serba-serbi ada. Syukur! Tetapi tidak perlulah mencanang satu dunia. “Ini bag Birkin kulit buaya… dekat Malaysia ini saya seorang saja yang punya. Ada 10 keluaran saja, edisi terhad ni. Sales Manager di Paris simpan khas untuk saya. Jennifer Lopez mahu pun tidak dapat. Betulkan Anna?” Tanya Datin Sally pada PA nya aka ‘bibik peribadi’.
 
Tugas Anna ialah mengiyakan saja apa yang dikatakannya. Entah betul, entah tidak. Hati ini berasa sayu sekali melihat layanan Datin Sally pada Anna bila dipanggil ‘lembab’ di khalayak ramai. Memang sudah menjadi tabiatnya suka bercakap perkataan kesat pada orang bawahan. Hello…can’t you put on your own socks? Nak kata gemuk, tubuh badan bukan main cantik lagi. Kata tak boleh stretching, tapi pergi kelas yoga tak pernah miss. Kasihan Datin X memerhati Anna duduk melutut menyarungkan kasut pada kaki Datin Sally.
 
Dulu Datin Sally beritahu yang Anna dibayarnya gaji hampir 10 ribu ringgit. Saja Datin X kepoh bertanya pada tuan punya badan. “Besar gaji you Datin bayar ya… you deserve it. You went above and beyond of what a PA should do.” Datin X kata dalam bahasa diplomatik, walaupun sebenarnya nak beritahu yang Anna itu kerjanya ibarat kuli. “Kerja dah tiga tahun. Gaji RM1,800 besar ke Datin?” Lagi sedikit kopi yang Datin X teguk tadi tersembur di muka Anna.
 
Salah satu tugas Anna mengikutnya dan mengangkat beg-beg kertas yang dijolinya di Malaysia mahupun di luar negara. Datin Sally paling pantang kalau ada yang lebih daripadanya. Di matanya semua orang pakai tas tangan tiruan. “Ah, pakai handbag fake nak berlagak. Buat malu je itu gred AA,” katanya sinis. Padahal sebelum berkahwin dengan Datuk Omar, dialah ratu beg tiruan beli di Padang Besar!
 
Datin Sally ini asalnya orang kampung dari Kelantan. Hidupnya susah, adik beradik ramai. Makan pun dicatu. Dahulunya dia memang pelajar cemerlang. Azamnya tinggi, mahu berkahwin dengan lelaki kaya. Keluar saja dari kampung, tudung di kepala terus ‘terbang’.
 
Jodohnya dengan Datuk Omar, duda yang baru kematian isteri. Baru dapat laki Datuk yang juga ahli politik, Datin Sally terus mengangkat darjat diri mengalahkan anak raja. Kata orang Datuk Omar itu sudah di ‘manderam’ olehnya. Segala permintaanya dituruti saja. Datin Sally yang berlagak kaya, sebenarnya hanya kirim RM500 sahaja setiap bulan pada ibu dan ayah. Dia pesan pada orang tuanya jangan sesekali mencarinya di ibu kota. Rasanya dia segan kalau-kalau orang dapat tahu asal-usul keluarganya yang daif. Dunia ini kecil saja apabila latar belakangnya dijaja oleh adiknya sendiri yang turut tidak puas hati.
 
Datin Sally kalau bershopping, satu KL tahu perangai gilanya. Orang kampung kalau baru dapat rasa duit, memang dia rasa dunia ini dia yang punya. Membeli kerana mahu menunjuk. Kalau masuk butik dan melihat koleksi baru seperti terkena heart attack dia berdrama. Sekali shopping enam ke tujuh tas mewah di borongnya. Sebab dia memang suka apabila dipuja orang. “Wah… Datin banyaknya shopping. You have very good taste!” kata sales girl mengipasnya. “Thank you, darling! Tapi ini pun I belum puas lagi. Nanti mahu ke London dan Paris minggu depan. Nak beli lagi. I cant wait!” Setiap tahun pasti lima ke enam kali ke luar negara untuk membeli-belah. Dari mula buka kedai hingga ke matahari sudah terbenam. Ini bukan cakap tipu. Datin X percaya jumlah duit yang dihabiskan sudah mencecah jutaan ringgit. Datin X dan teman-teman pun shopping juga di butik-butik mewah. Tapi kami bukan Datin bimbo yang membeli membuta tuli. We made better returns on our investments in property rather than thousands of handbags.
 
Datin Sally tu boleh tahan berangan. Kalau dia tahu ada sosialit yang menghadiri pertunjukan fesyen di luar negara, dia akan komplen pada brand tersebut dan bertanya kenapa dia tidak mendapat jemputan. Sudahlah sentap sendiri, dia akan bagi cold treatment pada sosialit yang berkenaan. Tak pasal-pasal masam mencuka mukanya. Terserempak pun buat-buat tidak nampak!
 
Bab amal jariah pula, ya Tuhan… stesen televisyen, orang surat khabar, semua kena ada. Cerita dah 40 kali pada orang yang sama pun masih tidak jemu. Berani dia main nama orang atasan, katanya mereka pun tidak menderma sebanyak yang dia derma. Yang betulnya Datin Sally ini memang kaki temberang. Mahu nampak diri itu hebat dan dipandang tinggi. Sungguh tidak ikhlas!
 
Sifat Datin Sally yang berbelanja dengan boros itu, khabarnya membuatkan suaminya naik angin. Datuk Omar sampai tak tidur malam gara-gara teringatkan bininya gila berjoli tidak ingat dunia. Sebenarnya sudah beberapa kali dia dimarahi Datuk Omar tetapi ada saja alasannya untuk memujuk si suami. Ada saja taktiknya agar dia bisa berbelanja sakan. Tetapi dengar cerita kali ini kad kredit Datin Sally sudah ditarik Datuk Omar. Eh, ‘manderam’ dah expired ke? Menangis tidak berlagu lah Datin Sally. Terbaru Datin X mendapat berita spanya sudah ditutup. Kelibatnya pun sudah tidak kelihatan di majlis-majlis rasmi. Tindakan Datin Sally berdiam diri tiada khabar berita beberapa bulan ini menjadi tanda tanya kepada Datin X dan teman-teman. Bagus juga kalau begitu. Tak perlu lagi Datin X dan kawan-kawan lain nak berlakon dan berpura-pura!
 
 

See also
Say Yes To Second Round Sex - Bahagian 1