Datin X: Bayar Untuk Ke Majlis Sosial - Glam Malaysia

Datin X: Bayar Untuk Ke Majlis Sosial

datin10 2

Gambar: Arkib GLAM


 
Kalau minggu sebelumnya, teman baik Datin X beria-ia minta Datin X menemaninya ke ajlis pelancaran butik jenama mewah di Pavillion. Datin X sebenarnya malas nak keluar tumah lebih-lebih lagi waktu senja memikirkan kalut nak bersolat maghrib. Itu pun belum dikira trafik Kuala Lumpur yang sangat tidak bersahabat. Walaupun ada pemandu tetapi Datin X tidak sanggup duduk berjam-jam lamanya dalam kereta. Tetapi setelah dipujuk rayu, Datin X pun temankanlah juga. Lagi pula, dia dan pemandunya menjemput Datin X di rumah. Kalau hari itu jalan sesak, Datin X adalah teman untuk bersembang di dalam kereta. Al-kisahlah, memang ramai undangan malamitu dan tetamu rata-ratanya di kalangan selebriti dan VVIP. Sambil minum dan menjamah canapes, Datin X seronok menjamu mata menengok tetamu pasang badan. Dan, antara ramai yang hadir, pandangan Datin X tertangkap pada sosok tubuh seksi dengan pakaian yang boleh dikatakan agak berani juga.
 
Mula-mulanya Datin X tak ambil pusing untuk kenal siapa gerangan si cantik seksi itu tetapi tiba-tiba teman Datin sebelah menyinggung sikunya terkena lengan. Dia separuh berbisik di telinga Datin X memberitahu yang gadis itu adalah artis muda yang baharu hendak naik. Katanya, sudah banyak suara-suara sumbang bercerita di belakang mengenai gadis ini. Ada yang kata mereka muak tengok mukanya yang sentiasa ada saja di  setiap ‘event’ lebih-lbih lagi kalau majlis tu dihadiri banyak orang-orang kaya dan ternama. Kata dia lagi sudah ramai yang ‘rimas’ melihat gayanya ke sana ke mari. Risik punya risik ramai terkejut apabila ada seorang PR bocorkan rahsia yang mak gadis tersebut akan sentiasa mencari peluang untuk bawa anaknya ke majlis tersebut. Bukan setakat telefon minta diundang tetapi dia sanggup bayar asal saja mereka berdua diundang ke majlis tersebut. Terkedu jugalah Datin X dengar ceritanya. Tapi apa yang hendak dihairankan. Zaman sekarang semua mahu jalan pintas untuk jadi kaya. Kalau dengan cara menghadiri majlis begitu anak akan bertemu jodoh dengan orang kaya apa salahnya ya! Lain padang lain belalang. Lain orang lain pula kemahuan mereka. Datin X tak berani nak komen banyak-banyak sebab masing-masing perlu tepuk dada tanya selera dan kemahuan mereka. Buat apa nak susah-susahkan diri memikirkan masalah mereka.

See also
Datin X: Cinta Ke Hujung Nyawa?