Datin X: Apabila Biras Berperang Dalam Keluarga Berharta

Datin X: Apabila Biras Berperang

Seronok betul bila lahir dalam keluarga berharta ya? Walau usia masih muda, pelbagai syarikat keluarga sudah menjadi miliknya. Tak perlu belajar tinggi-tinggi kerana semuanya sudah tersedia. Kalau masuk universiti luar negara pun, markah fail pun tidak apa, bukan siapa tahu. Dahulu dialah anak muda idaman mertua. Maksud Datin X, ramai mahu menjadikan menantu sebab dia kaya raya. Asyik bercuti saja, entah bila dia pergi kerja. Khabarnya syarikat keluarga yang diambil alihnya bakal melingkup kerana tuan punya tidak ambil tahu langsung hal ehwal syarikat. Dia hanya datang untuk tanda tangan cek dan untuk lancarkan projek sahaja. Rasanya kalau ditanya lebih dari itu, dia pasti menganga! 

 

Itulah perumpamaan yang diceritakan sendiri oleh pekerja-pekerjanya. Mereka semua bagaikan suka-suka hati mengurus syarikat sendiri kerana bos besar tak boleh harap dan tak ambil peduli. Kalau tengok pada Instagram anak muda ini, gaya dia macam pergi holiday all year long. Hari ni di Seoul, minggu depan di Paris. Nak kata business trip, dibawanya kawan-kawan partinya sekali. Nampak gayanya mereka ini asyik berseronok sahaja, perabis harta keluarga. Tayang kereta sport dan private jet, tayang makan di restoran mahal dan shopping di butik-butik mewah. Mana tidak orang bertanya-tanya, bila masa dia pergi kerja? Tapi tak apalah, sebab keluarga dia sendiri pun tiada seorang yang komplen. Bukan seperti kisah di bawah ini yang ‘ahli keluarga’ tiada pertalian darah berperang mengenai harta yang bukan milik mereka.

See also
Minggu Fesyen Paris: Gucci Spring/Summer 2019

Datin, I didn’t know your brother-in-law own an estate in Raub. I love how he designed the weekend house. Selalu ke K and the kids ke   sana? Oh sorry… I saw it on her Instagram. Wah, she’s living the good life. Bertuah badan!” kata Lin kepada Datin Fiza. Sampuk Datin X pula, “Mesti your brother-in-law sayang betul dekat wife dia kan? I remember from their last summer holiday in London, I berselisih dengan K di Selfridges… dia memang shopping macam beli borong! But I think the husband was so sweet lah…  so cool, dia jadi tukang bayar saja. No complaint!” Jelas sekali Datin Fiza nampak kurang selesa dengan perbualan kami.

“Can we stop talking about K?” Tiba-tiba Datin Fiza bersuara. “The family sendiri pun tak pernah menayang-nayang harta, tapi I pun tak tahu kenapa K pula yang lebih-lebih. Macam apa yang dimegahkannya itu dia punya!” Seperti rumah hujung minggu yang diperkatakan tadi, ianya milik keluarga suami Datin Fiza. Tetapi K pula yang sibuk memuat naik ke Instagram gambar rumah luar dalam hingga semua memikirkan rumah itu K yang punya. “I pun tak fahamlah orang zaman sekarang ni… Instagram punya pasal, habis semua benda dia nak upload dan berlakon macam dia yang punya. Kalau tak kerana K kahwin dengan brother-in-law I, entah-entah nak jejakkan kaki ke London pun tak mampu!” Marah betul bunyi Datin Fiza. Walau terlalu meluat pada K, dia tetap gagah juga stalk Instagram K siang malam siap screen capture lagi gambar K untuk disebarkan dalam Whatsapp group – lengkap dengan ayat-ayat mengutuk yang cukup pedas.

See also
MOST GLAM: Next Fashion Videographer

Inilah dia perang dingin antara biras. Masing-masing nak jadi lebih glamor, lebih cantik, lebih bergaya, lebih segala, tak boleh kurang. Datin Fiza orangnya manis berhijab dengan kasut dan beg berjenama, always on trend. Ada bisnes tudung sendiri dan selalu OOTD. Tapi mana nak lawan K yang fabulous itu… asyik selfie ala the morning after atas katil dengan berlian dan rambut kepuk-kepuk. Walaupun K hanya suri rumah, sibuknya mengalahkan orang bekerja. Ada saja aktivitinya dengan kawan-kawan, segala apa yang dilakukan dan segala yang barang yang dibeli dimuat naik terus ke Instagram. Shameless but she never cares. Macam-macamlah Datin Fiza beri gelaran pada K dari gold digger hingga ke conwoman.

Banyak kali Datin Fiza cuba membuatkan kami boikot K tetapi K tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan pada kami. Jadi mengapa kami pula perlu boikot dia? Datin X dan kawan-kawan sebenarnya cukup entertained dengan kerenah dan gelagat K di Instagram. Dia gemar menunjuk-nunjuk gaya hidup mewahnya hingga terkeluar sisi kebodohannya yang amat melucukan. Beberapa kali juga K rakam dirinya menyanyi sepenuh hati menggunakan aplikasi Smule di dalam kereta sportnya dan kerap juga dia membuat aksi Boomerang yang pelik-pelik dalam bilik pakaiannya menayang baju-baju serta beg-beg yang baru dibeli. Tak pasal-pasal K jadi bahan ketawa!

See also
Rihanna Is Officially Back In The Market!

Pernah pada satu majlis resepsi, Datin Fiza angin satu badan bila dapat tahu yang dia terpaksa duduk semeja dengan K. K pula makin buat mengada-ngada dengan menjadi over friendly dengan tetamu-tetamu semeja tanpa menegur langsung birasnya yang lebih tua itu. Huru-hara juga majlis orang apabila pengurus majlis terpaksa buka meja baru di belakang khas untuk Datin Fiza. Suami enggan berganjak dari tempat duduknya, lalu jadilah Datin Fiza kera sumbang. Akibat sombong, sanggup duduk seorang!

Tapi Datin X tengok, Datin Fiza ni pun orangnya jenis yang tak senang melihat orang lain senang. Semuanya salah dimatanya. Mulut dia kalau memaki hamun pun, memang boleh tahan juga. Lebih-lebih lagi semasa dia dapat tahu yang K beritahu kawan-kawannya yang Datin Fiza ini taste seperti ‘orang kampung’, sebulan Datin Fiza mencarut tak sudah. Penampilannya yang manis itu terus nampak jelik apabila lidahnya menyebut kata-kata kotor. Kepala sahaja berhijab tetapi mulutnya tidak. Nasib Datin X dan biras semua sekepala. Tak mahu dengki-mendengki, kata-mengata. Buang masa, buang tenaga.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Julai 2017.