Datin X: Nafsu Datuk Gila Orgy - Glam Malaysia

Datin X: Nafsu Datuk Gila Orgy


 

Panjang lebar kita berbincang pasal mak nyah, bagaimana pula dengan selera lelaki hari ini yang sudah mulai menerima yang songsang? Datin X bukan bercakap fasal golongan homoseksual, tetapi lelaki straight yang dambakan sesuatu yang lebih ekstra dalam kehidupan seks mereka. Sebagai contoh, kalau tengok muka Datuk yang berkenaan, macam pakcik-pakcik biasa sahaja dan memang kita tidak akan terfikir langsung mengenai keinginannya yang ‘luar biasa’.

 

Datin X bercakap bukanlah kerana mahu menyalahkan kaum lelaki saja tetapi apa yang Datin X dengar sangat-sangatlah mengerikan. Meremang bulu roma Datin X apabila teman baik Datin X sendiri yang memberitahu betapa dia terkejut beruk dengan onar suami teman rapatnya sendiri. Hampir naik gila si isteri apabila mendapat tahu apa yang dibuat suaminya.

 

Kami berdua hanya mampu mengucap panjang apabila mengenangkan si suami yang nampak baik, pijak semutpun tidak mati tetapi berbuat serong sehingga begitu sekali. Bermula dengan melayan nafsu seks dengan bibik Indon, dia akhirnya terjebak mengadakan seks orgy. Bayangkan si suami yang rupa pakcik-pakcik ini jadi ‘ahli’ grup orgy dan mereka melakukan perbuatan terkutuk itu di hotel.

See also
7 Pilihan Iftar Paling Enak Ramadan Ini

 

Teman atau lawan seksnya terdiri daripada anak gadis, janda, isteri orang yang bukan saja daripada Semenanjung tetapi juga Sabah dan Sarawak. Kasihan sungguh isterinya. Apabila dia bersemuka dengan suami, suaminya mengaku segala kecurangannya dan bersujud meminta maaf daripadanya.

 

Mulanya dia diam sahaja dan cuba memaafkan tetapi hatinya tertekan sehingga dimasukkan ke wad atas sebab tekanan jiwa. Syukurlah Datin X dengar sekarang ini suaminya sudah insaf dan benar-benar bertaubat dan si isteri pula nampaknya telah mula menerimanya kembali. Walaupun kami tidak tahu apa sebenarnya yang ada di hati tetapi sebagai sahabat, teman Datin X itu sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kawannya itu. Mohon dijauhkan! Begitulah hakikat kehidupan di dunia serba moden dan tanpa batasan ini. Datin X sentiasa berdoa agar Allah akan menguatkan iman Datin X dan seluruh isi keluarga agar tidak terpedaya dengan tipu daya dunia.