GLAM Ogos 2018 - Izara Aishah

GLAM OGOS 2018

Gambar Bustamam Mokhtar

BRAVE NEW WORLD

 

Enam puluh satu tahun sudah usia negara tercinta and we sure have come a long way. Angin perubahan yang berlaku ketika ini menjanjikan sebuah harapan baru, selaras dengan kehendak era digital semasa. Generasi baru khususnya jelas menjadi tenaga penggerak yang bakal mengemudi masa depan.

 

Izara Aishah sebagai salah seorang selebriti muda paling diperkatakan, bercerita mengenai status barunya sebagai isteri dan berkongsi mengenai harapannya pada masa depan di dalam Malaysia Baru. Dan bagaimana pula dengan kita?

 

Kita semua mengharapkan yang terbaik, juga mendambakan sebuah zaman gemilang yang membawa manfaat kepada diri dan keluarga. Namun sebelum kita sampai ke destinasi itu, banyak lagi perkara yang perlu kita perbaiki khususnya diri sendiri. Ada kalanya kita alpa dengan keseronokan sementara dan tenggelam dalam kehendak semasa.

 

Kita berada di suatu fasa di mana manusia melaungkan hak kebebasan, hak sama rata, hak untuk memilih. Walaubagaimanapun konsep equality itu begitu rambang dan mungkin ramai yang menyalah ertinya lalu menyalah gunanya. Yang benar dikatakan salah, yang salah seolah-olah bunyinya benar.

See also
Transformasi Gadis Motel- Nicola Peltz

 

Lihat sekeliling anda dan tanya diri sendiri, apakah ini yang kita mahukan buat anak-anak kita? Seperti yang saya sebutkan tadi, segalanya bermula dari diri sendiri. Didik generasi seterusnya dengan cara pemikiran yang betul kerana sumber informasi hari ini tiada hadnya. Terpulang kepada cara didikan ibu bapa untuk melengkapi jiwa anak masing-masing dengan perisai iman dan ilmu!