GLAM November 2018 - Whulandary Herman

GLAM NOVEMBER 2018

Gambar Chuan Looi

Mendefinisikan Semula Glamor

 

Hampir 15 tahun, kami menyenaraikan wanita-wanita paling bergaya untuk memenuhi senarai Most GLAM saban tahun. Lebih sedekad, bukan suatu jangka masa yang singkat. Ramai sudah wanita glamor menghiasi muka depan serta halaman dalam GLAM dan apa yang lebih menarik, kami boleh melihat bagaimana kesemua personaliti melalui evolusi daripada segi stail mereka sehinggalah ke gaya hidup. Sememangnya perkataan glamor itu sendiri amat subjektif. Apa yang glamor dahulu dan apa yang glamor hari ini memiliki konteks yang banyak bezanya. Misalannya, pada awal 2000, glamor itu adalah gaun malam bersekuin dan mekap smokey eyes. Hari ini, glamor itu mungkin diterjemahkan menerusi denim dan sneakers. 

 

Semestinya senarai Most GLAM kembali lagi tahun ini dan sidang redaksi memilih wajah-wajah yang mencipta headline tersendiri sepanjang tahun. Betapa masa itu sudah berubah dan hasil penangan media sosial, anda tidak perlu menjadi selebriti karpet merah untuk dikenali. Dalam senarai Most GLAM tahun ini pula, mereka yang terpilih adalah aktres, model, pengacara, usahawan; setiap seorang mencipta talking point di kalangan umum dengan pelbagai berita serta mencipta impak positif tersendiri dikalangan masyarakat.

See also
GLAM OGOS 2018

 

Sebagai ingatan untuk kita semua, apa yang paling penting dalam hidup ini adalah bagaimana kita memanipulasi kemampuan sendiri untuk kebaikan orang sekeliling. Tiada gunanya jikalau kelebihan yang kita miliki tidak dipergunakan untuk kebaikan bersama. Sebarkan mesej positif setiap hari dan anda bukan sahaja menyuburi jiwa orang lain tetapi juga diri sendiri.