GLAM Isu Jun - Nora Danish

GLAM JUN 2018

Gambar Bustamam Mokhtar/White Studio

The Power of Change

 

Tidak ada apa yang mustahil dalam hidup ini. Segalanya mungkin. Selepas lebih enam dekad, hari ini negara ditadbir oleh kerajaan baru. Walau apa pun yang berlaku atau bakal berlaku, kita semua hanya perlu terus memandang ke hadapan dengan penuh optimistik, memulakan hari baru berserta semangat baru. People always say that time changes things, but waiting does nothing. You actually have to change them yourself. Nasib tidak akan berubah selagi tuan punya badan tidak berusaha sendiri untuk mengubah dirinya sendiri.

 

But change is always good. Seperti cover girl kita, Nora Danish kembali dalam penggambaran muka depan pertamanya selepas melahirkan anak kedua. Masih tampak muda remaja sebagaimana zaman gadisnya, masih orang yang sama walau kehidupannya kini jauh berubah dengan kehadiran bayi comel di samping suami tercinta. GLAM juga berbangga dapat menemu bual Dr. Jezamine Lim, wanita pertama yang memperoleh PhD dalam kejuruteraan tisu dan sel stem. Dia antara bukti yang wanita mampu mengubah nasib sendiri dan menjadi apa jua jikalau ada bekal ilmu di dada. Alasan sebagai sebagai isteri dan ibu tidak pernah menjadi kengkangan untuknya bagi mencapai cita-cita sendiri.

See also
Kempen Horse and Carriage Buka Lembaran Musim Bunga 2022 Coach

 

Bercakap mengenai cita-cita, GLAM sentiasa terbuka untuk meneroka idea baru, exploring new territories. Bulan ini kami bakal melancarkan isu pertama GLAM Hijab khusus buat golongan wanita berhijab yang bercita rasa tinggi dan gemarkan segala yang mewah. Pembaca jangan lupa dapatkan juga isu istimewa dual cover ini yang memaparkan Neelofa serta Vivy Yusof sebagai penghias muka depan. Anda juga boleh melayari GLAM.MY untuk menyaksikan suasana penggambaran di belakang tabir selain membaca dengan lebih lanjut berkaitan kandungan-kandungan di dalam GLAM Hijab. Siapa kata modest style tidak boleh tampil glamorous dan high fashion?