GLAM JULAI 2018

Covers

GLAM JULAI 2018

56

WHO IS YOUR ALTER EGO?

 

Bulan Julai ini lebih istimewa daripada biasa. Isu ini memiliki dua muka depan – Elfira Loy dan Izara Aisyah – disolek berani dalam karakter yang diketengahkan dalam projek Alter Ego terkini. Apakah yang dimaksudkan dengan Alter Ego? Ia adalah sebuah eksplorasi seni kecantikan dan kami memilih selebriti-selebriti ternama tanahair sebagai kanvas di mana kami mengambil peluang untuk ‘mengubah’ karakter mereka menjadi sebuah watak yang menyimpangi diri mereka yang sebenar. Seronok melihat face artiste berkarya menggunakan warna-warna daripada Chanel dan Nars untuk menyolek wajah lantas berimaginasi untuk solekan fantasi yang seterusnya yakni Alter Ego.

 

Ya, ada wajah ‘sebelum’ dan ‘selepas’. Dari rupa harian yang natural dan glamorous, raut wajah melalui transformasi signifikan selepas disolek untuk penampilan Alter Ego. Dengan gabungan pigmen warna yang kuat serta sentuhan magis jurusolek professional, kuasa solekan itu sememangnya terbukti mampu mengubah personaliti seseorang. Bayangkan wajah-wajah ternama seperti Fazura, Scha Alyahya hingga ke Nelydia Senrose serta Diana Danielle diubah rupa dari glamor ke quirky, from girl-next-door to avant garde. Alter Ego juga bakal mengadakan suatu pameran mini buat para peminat GLAM dan barisan selebriti yang kami paparkan dalam isu ini.

 

Di sebalik wajah yang kita lihat setiap hari, jangan sesekali kita mengandaikan yang wajah itu adalah 100 peratus cerminan kepada jiwa sebenar orang itu. Penampilan fizikal bukan gambaran mutlak kepada personaliti, mentaliti dan tahap spiritual seseorang itu. Benarkah setiap orang ada sisi lain dalam dirinya? People aren’t always who they appear to be. Mungkin ramai mengatakan yang mereka selesa menjadi diri sendiri. Namun ada kalanya kita perlu menjadi orang lain untuk mengecapi keinginan diri. Contohnya jikalau watak diri seseorang itu pemalu, suatu hari nanti pasti akan sampai juga masanya untuk dia menukar watak kepada berani demi kelangsungan hidup. Konsep Alter Ego itu sendiri perlu dilihat dari sisi positifnya. Jadi, jika anda diberi peluang untuk channel watak lain untuk satu hari, siapakah yang akan anda jadi?

 

Comments are off this post!