GLAM April 2015

GLAM April 2015

GLAM dayang joe APR 2015 gatefold_.indd

GLAM April 2015 tampil khas isu muzik, menggandingkan bintang hangat industri muzik tanah air Dayang Nurfaizah dan Joe Flizzow di muka hadapan. Keduanya cipta sejarah dan momen manis dengan kejayaan demi kejayaan yang dipahat dalam masa beberapa bulan ini.
 
Ruangan Personaliti menampilkan 9 penghibur generasi baru yang berjuang dalam genre masing-masing antaranya Sonaone, Dasha Logan yang juga merupakan anak kepada mendiang Logantahan Arumugam vokalis Alleycats, puteri Ratu Jazz Sheila Majid, Kayda Aziz serta pemenang Artis Baru Terbaik AIM – Poova dan ramai lagi.
 
Laporan GLAM menampilkan trend hangat musim bunga dari pentas fesyen untuk memberi idea fesyen baru dari gaya 50-an ke 70-an hinggalah ke cita rasa denim, semuanya disuntik lebih mewah dan segar.