Urban Decay Bakal Melancarkan Dua Rangkaian Skincare - Glam Malaysia

Urban Decay Bakal Melancarkan Dua Rangkaian Skincare

Jenama kosmetik yang terkenal dengan koleksi pembayang mata mereka Urban Decay nampaknya bakal melancarkan dua rangkaian penjagaan kulit tidak lama lagi.

 

Pengumuman yang dibuat melalui Instagram itu menampilkan dua foto yang terdiri daripada beberapa produk yang akan mereka lancarkan.

 

Pretty Gritty Skin Polish, Oxygenated Bubble Mask, Moisture Layer Eye Roller, Pore Refining Peel, Lip Love, Hot Springs Hydrating Gel, dan Meltdown Makeup Remover  untuk rangkaian UD Rehab Makeup Prep.

 

Manakala tiga lagi produk untuk rangkaian UD Meltdown Makeup Remover terdiri daripada Cleansing Oil Stick, Lip Oil Stick dan Dissolving Spray.

See also
Sisley Melengkapi Barisan Megah Phyto-Blanc

 

Jika diperhatikan produk-produk mereka sebelum ini, anda boleh mengharapkan sesuatu yang unik daripada rangkaian ini.

 

Urban Decay belum lagi mengumumkan tarikh rasmi keluaran rangkaian penjagaan kulit mereka ini, but stay tuned for more updates!