Selena Gomez Kini Sudah Menyertai #TeamBlonde

Tranformasi Terbaru Selena Gomez Memberikan Aura Segar

Selena Gomez membuat kemunculan umumnya secara mengejut semula sewaktu American Music Awards 2016 selepas dia menghilangkan diri untuk seketika waktu atas sebab kesihatan. Untuk AMA 2017 pula Selena membuatkan peminat-peminatnya menunggu dengan penuh debaran untuk kemunculannya di atas karpet merah dan juga persembahan pertamanya secara langsung selepas berehat daripada kerjaya menyanyinya.

 

Foto Frank Micelotta/PictureGroup

Ada juga yang mengharapkan dia tampil di atas karpet merah dengan Justin Bieber di sampingnya (which did not happen). Namun apa yang dibawa oleh Selena untuk mengejutkan orang ramai adalah hairdo baru yang tidak pernah dilihat pada penyanyi itu sebelum ini.

 

Satil terbarunya ini tampil dalam rona platinum blonde dan dalam potongan bob.

 

so i am blonde now

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on

Ini munking cara Selena memberitahu dunia yang dia sudha bersedia untuk sesuatu yang baru selepas perpisahannya dengan The Weeknd atau perubahan sementara untuk persembahannya. Beberapa jam sebelum itu, dalam Insta Story-nya, Selena dilihat masih mempunyai rona warna rambut perang gelap. Tetapi pendandan rambut Marissa Marino pula menyatakan ini adalah tranformasi yang sebenar dan kekal.

See also
Helah Kontur Wajah

Selena juga telah mempersembahkan lagu terbarunya “Wolves” di atas pentas AMA 2017 selepas sekian lama berehat untuk memulihkan dirinya selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada awal tahun ini.

 

We’re loving the new do, Selena!