Tip Rambut Bersinar

Tip Rambut Bersinar

Blow dry, hot ironing, mahupun mewarna merosakkan kutikel rambut dan menjadikannya tampak kusam. Tambah pesona daya tarikan mahkota dengan tip rambut bersinar!
 

LONDON FASHION SHOW FALL WINTER 2015 Gambar: TPGVIP

 
Rambut Lurus
 
1. Pilih serum atau gel pelurus yang mengandungi silikon. Ia membantu melembutkan kutikel. Ratakan serum atau gel pada tapak tangan dan sapu pada rambut lembap, kemudian sikat.
 
2. Nozel pada pengering rambut melindungi kutikel daripada rosak sewaktu blow-dry. Ia memadatkan udara, menjadikannya tertumpu pada satu arah sambil meleperkan kutikel.
 
3. Blow-dry rambut pada suhu tinggi daripada atas ke bawah sambil menyikat rambut dari dalam dengan berus sikat bulat.
 
4. Pilih rumusan seramik. Semburkan sedikit penyembur lindungan suhu, kemudian mulakan ironing secara berperingkat di setiap bahagian dari akar hingga ke hujung rambut.
 
5. Semburan kilauan menjadikan rambut kilau bersinar. Sembur dua hingga tingga kali pada sikat, berus dan ratakan. Ulangi langkah jika perlu.
 

See also
3 Hadiah Hari Ibu Pilihan GLAM Untuk Yang Tersayang

MILAN FASHION SHOW FALL WINTER 2015Gambar: TPGVIP

 
Rambut Kerinting
 
1. Kurang menyentuh rambut ketika lembap agar lebih terurus. Hanya gunakan jari untuk meratakan serum pada rambut kemudian sisir menggunakan sikat bergigi jarak.
 
2. Gunakan diffuser bagi membantu menyuraikan aliran udara agar rambut kering dengan sekata, pada pengering rambut dan gunakan suhu tertinggi.
 
3. Blow-dry dari bahagian dalam rambut dan uraikan menggunakan jari. Ini membantu mengekalkan volum rambut dan kelihatan lebih bersinar.
 
4. Sebaik rambut kering, gunakan curling iron tiga suku inci untuk menggayakan bentuk kerinting di sekitar bahagian muka sambil memberi efek lebih kilauan, gunakan iron satu setengah inci jika rambut berombak. Sapukan krim perlindungan suhu di setiap bahagian rambut kemudian lilitkan rambut pada pemanas selama beberapa saat.
 
5. Selesai menggunakan curling iron, pegang shine spray pada jarak 20 sentimeter dari rambut dan semburkan pada setiap bahagian. Jangan sentuh rambut agar tidak menjadi frizzy.