Tip Menggayakan Gincu Terang - Glam Malaysia

Tip Menggayakan Gincu Terang

RubyRoseIsWearing_714

Gambar: Urban Decay


 
Gincu yang dipakai wanita berkulit cerah kebiasaannya akan tampil berbeza berbanding mereka yang berkulit gelap. Gincu yang bersesuaian ialah gincu yang membuatkan senyuman lebih berseri serta gigi tampak lebih cerah. GLAM kongsikan tip menggayakan gincu terang.
 
• Pilih warna kegemaran

Walaupun selama ini anda tidak berani menggayakannya. Kini, tiba masanya untuk buang jauh perasaan ragu-ragu itu. Jika mahu mencipta satu gaya solekan yang edgy lagi seksi, inilah peluangnya.
 
• Pilih warna yang sesuai dengan kulit

Untuk tahu warna apa yang sesuai dengan kulit, lihat undertone anda. Untuk menentukannya, ada yang menyaran jika perhiasan silver terlekat cantik dengan rona kulit anda, maka anda bertona dingin. Manakala jika anda tampak cantik menyarung perhiasan emas, maka anda serasi dengan tona hangat.
 
• Lengkapkan dengan pensil bibir

Ini bagi mendapatkan hasil solekan bibir yang lebih berdefinisi. Malah jika bibir jenis nipis, gunakan pensil ini untuk melakar bentuk bibir sedikit lebih untuk efek bibir tebal dan mungil.
 
• Jangan berlebih!

See also
Tip Solekan Perlu Tahu

Jika memakai gincu berona terang, elakkan menyolek tebal di bahagian wajah yang lain. Biarkan bibir menjadi pusat perhatian siapa yang memandang. Kalau bibir sudah terang, mata disolek tebal juga, tidakkah rupa anda bagai badut jadinya?
 
• Yakin!

Setelah memakai gincu terang dan berani, langkah terakhir adalah untuk menjadi lebih yakin! Anggaplah bibirmu itu tidak menyarung apa-apa. Jangan biarkan diri berasa janggal, nanti secara tidak langsung anda akan menjadi tidak selesa.
 
GLAM senaraikan lima produk gincu pilihan:

[soliloquy id=”52530″]