Tip Bulu Mata Palsu - Glam Malaysia

Tip Bulu Mata Palsu

ING_40696_00649
 
Bulu mata palsu antara item cantik yang perlu ada untuk wanita. Pemakaian bulu mata palsu mampu memberikan lebih efek dramatik kepada keseluruhan solekan anda. GLAM senaraikan tip tentang bulu mata palsu sebagai panduan anda
 
Jenis bulu mata yang sesuai untuk ke malam pesta?

Sepasang bulu mata dengan diamante pasti memukau sesiapa sahaja. Kesan cahaya yang terbias pada diamante menjadikan mata lebih berseri. Ia antara helah terbaik untuk mendapatkan efek ‘bling bling’ pada mata.
 
Jenis bulu mata yang sesuai untuk bersantai dan mudah diuruskan?

Bulu mata palsu ‘point fix’ bukan sahaja dapat menyerlah dan menyerikan mata anda malah lebih mudah diuruskan. Lekatkan sebanyak dua ke tiga pada setiap mata (terutamanya di bahagian tengah dan hujung mata) untuk mata tampak lebih bundar.
 
Cara menampakkan bulu mata palsu lebih semula jadi?

Untuk kesan semula jadi, pilih rona dan material bulu mata palsu  yang paling dekat dengan warna  semula jadi bulu mata anda. Rapikan bulu mata palsu selaras dengan bulu mata  semula jadi. Lekat betul-betul pada akar bulu mata  dan gariskan dengan celak bagi menutup ruang di antara bulu mata palsu dan semula jadi anda. Sapukan maskara dan pastikan  kedua-duanya melekat bersama.
 
Bulu mata palsu berwarna hanya sesuai untuk persembahan di pentas?

See also
Kembalinya Istana Christian Dior

Bulu mata palsu berwarna tidak akan nampak berlebihan jika dipadankan dengan pembayang mata yang lembut. Ia bukan sahaja menyerlahkan penampilan anda malah tampak lagi outstanding.