Tampil Cerah Berseri-Seri - Glam Malaysia

Tampil Cerah Berseri-Seri

opening cantik

Gambar: Arkib GLAM


 
Setiap wanita mahukan kulit yang cerah berseri-seri. Malah wanita berkulit putih juga inginkan kulit yang tidak nampak pucat atau tidak bermaya. GLAM berkongsi tip agar tampil cerah lagi berseri.

     

  1. Kebiasaannya, kulit gelap dan perubahan warna kulit adalah disebabkan oleh sinaran matahari. Sapukan pelindung sinar SPF tinggi sekurang-kurangnya 30 SPF. Dermatologi bersetuju SPF 15 tidak mencukupi kerana sinar UVA dan UVB masih bisa menembusi kulit anda. You want 98% or more of the sun’s rays to be blocked.
  2.  

  3. “Being the largest organ in the body, most people believe that if someone’s skin is unattractive, that person is unattractive.”
  4.  

  5. Kulit lelaki adalah 25 peratus lebih tebal daripada kulit perempuan. Ini penting untuk dipertimbangkan apabila memilih produk rawatan pemutihan. Kulit lelaki tidak begitu sensitif atau terdedah kepada jangkitan seperti kulit perempuan, maka mereka dapat bertolak ansur dengan bahan-bahan pemutihan kulit yang digunakan. Lelaki juga biasanya mempunyai kulit berminyak berbanding wanita.
  6.  

  7. Usah lupa mengamalkan pupur bagi menghidrat dan membantu mencerahkan ton kulit tidak sekata dan perlahan-lahan mengurangkan parut jerawat lama dan kesan UV matahari. Bukan sahaja mencerahkan kulit, bahan-bahan semula jadi yang terkandung di dalamnya melembutkan semua jenis kulit.
  8.  

  9. Campuran jus lemon dan madu boleh dijadikan ramuan sendiri untuk rawatan di rumah. Ratakan pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bersihkan wajah dengan air separa sejuk. Jika anda mempunyai kulit kering, sapukan campuran jumlah yang sama antara jus timun dan madu pada wajah dan badan selama 15 minit. Kemudian cuci bersih.
  10.  

  11. Lakukan pengelupasan kulit sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu. Skrub dan produk pengelupasan membantu membuang sel-sel kulit mati pada permukaan kulit dan memberi kulit nafas yang baru. Pengelupasan juga membantu mengembalikan kulit ideal sekiranya kulit anda lebih gelap daripada asalnya. It reveals fresh skin, untouched by the sun.
  12.  

  13. Bersihkan wajah dengan pencuci muka khas untuk mencerah sekali gus  membersihkan kulit sebelum aplikasi produk pencerahan lain. Sebaiknya amalkan rutin penjagaan dan rawatan pencerahan daripada rangkaian penuh produk jenama pilihan anda supaya efek yang diingini bisa dicapai. Minta nasihat pakar jenama sebelum membeli produk terlebih dahulu.
  14.  

  15. Kulit mengambil masa agak lama untuk menampakkan hasilnya, so be patient! Bergantung kepada tahap kerosakan kulit anda, mungkin ia hanya mengambil masa beberapa bulan atau memakan tahun lamanya. Jika anda mahukan efek segera, apa kata berjumpa pakar dan dapatkan rawatan pencerahan di spa.
See also
SEMBANG CANTIK: Tengku Azura "The Ultimate Beauty Icon"