New Year, New Hair Buat Emma Watson Dengan Gaya Rambut Segar

Stail Baru Emma Watson Inspirasi Terbaru Tranformasi 2018

2018 ini dimulakan dengan azam baru dan mungkin juga tranformasi yang anda idamkan seperti kata-kata “new year, new me?”

 

Itulah yang dilakukan oleh Emma Watson untuk minggu pertama 2018 yang telah berlalu dalam sekelip mata sahaja. Dengan niat ingin berkongsikan bacaan terbarunya yakni “Why I’m No Longer Talking to White People About Race” oleh Reni Eddo-Lodge, Emma secara tidak langsung telah menunjukkan gaya rambut terbarunya yang kelihatan lebih edgy dibandingkan dengan gaya signaturnya yang lebih feminin.

 

Emma sebelum ini pernah dilihat  dengan pelbagai potongan rambut yang membuktikan dia tidak takut untuk mencuba. Daripada rambut ikal dan kerinting yang sering dikaitkan dengan watak Hermione Granger, potongan bob dan juga lob, sehinggalah ke potongan pixie yang diterangkan oleh wanita ini sebagai “the most liberating thing ever”.

 

Gaya terbaru Emma ini menunjukkan dia telah menyertai The Fringe Club dengan potongan fringe yang tidak teratur untuk vibe yang edgy dan ia juga merupakan potongan seiras Winona Ryder dan Dakota Johnson. Emma juga melepaskan beberapa urat rambut untuk membingkai wajahnya dan memberi keseimbangan kepada keseluruhan gayanya.

See also
TWO L(I)PS WIPEOUT, Tisu Basah Untuk Bahagian Intim Anda!

 

Jika gaya ini hanyalah eksperimen buat Emma, kami menyarankan agar dia meneruskan sahaja. Becasue we just love a good fringe!