GAYA LEBIH ANGGUN MEWAH
  • FESYEN
    • KLFW
    • NYFW
    • LFW
    • MFW
    • PFW
  • CANTIK
  • GAYA HIDUP
    • DATIN X
    • KORNER MAK DATIN
    • RETORIK
  • PERSONALITI
    • APA SIAPA DI MANA?
  • GLAM SOCIETÉ
  • GLAM TV
  • GLAM PLUS
    • GLAM WEDDINGS
    • GLAM JUNIOR
    • GLAM HOROLOGI
  • GLAM DEKO
    • INSPIRASI
    • KEDIAMAN
    • GALERI DEKO
    • SANTAI
  • PROMOSI
Home / Cantik / Solekan Sempurna Hijabista

Solekan Sempurna Hijabista

Marini MZ
August 14, 2018

Keaslian wajah wanita berlitup hijab lebih terserlah dengan solekan yang serasi. Usah dibiarkan muka polos kerana bimbang rona atau corak hijab lebih menyerlah pasti meneggelamkan diri anda. Kalau bersolek berlebihan pula, penampilan kurang menarik. Keseimbangan solekan lebih sederhana pasti menambah seri saat melilit hijab kesukaan.

 

Sekiranya anda memilih warna skarf serasi dengan warna kulit dan busana, begitu juga saat memilih seleksi solekan. Anda mungkin mahu memastikan pilihan warna kesemua sekali lebih mesra dipandangan mata.

 

Keseimbangan solekan lebih sederhana pasti menambah seri saat memakai hijab kesukaan. Jangan biarkan imej anda menghalang penampilan dan semestinya seleksi pilihan paling tepat adalah menggunakan Les Beiges daripada Chanel.

 

Wajah Asli

Solekan natural atau semula jadi lebih digemari wanita kerana rata-rata mereka enggan kelihatan keterlaluan. Memilih solekan asas lebih nipis adalah untuk mengelak, bedak asas yang tebal melekat pada material skarf.

 

Memakai pelembap Les Beiges Sheer Healthy Glow Tinted Moisturizer sangat tepat kerana koleksi Chanel kali ini mengutamakan tekstur semula jadi dengan tagline, nude is a style.  Bagi anda yang mengimpikan wajah lebih berseri-seri, ini lah jawapan buat wanita di luar sana.

 

Liputan menyeluruh pelembap ini menambah seri wajah semula jadi. Tekstur sutera dioles pada kulit semestinya mudah meresap dan  menjelmakan wajah lebih mulus selembut satin. Seolah-olah anda tidak memakai solekan.

Tarikan utama wanita berhijab adalah pada sepasang mata yang memikat. Warna solekan mata @narisasoraya dipilih berdasarkan warna hijab pilihan. Sekiranya rona hijab lebih gelap atau penuh motif dan corak, pastikan mata anda menyerlah dengan solekan lebih gelap seperti chocolate smokey. Les Beiges, Palette Regard Belle Mine Naturelle adalah gandingan warna-warna harmoni. Penyelaras & Konsep: @marinimz Arahan Seni: @ayoi.arif & @hanyaiera Penata Gaya: @aizataidid Video: @zvlkamals Penyunting: @zakwantaufiq @chanelofficial #NudeIsAStyle #LesBeiges #CreateYourself #ChanelBeauty #ChanelBeautyMY #GLAMmalaysia #GLAM #theglamlife #GlamHijab

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on Jun 14, 2018 at 7:01pm PDT

Mata Memikat

Tarikan utama wanita berhijab adalah pada sepasang mata yang memikat. Warna solekan mata boleh dipilih berdasarkan warna hijab pilihan anda hari itu. Sekiranya rona hijab lebih gelap atau penuh motif dan corak, pastikan mata anda menyerlah dengan solekan lebih gelap seperti chocolate smokey.

 

Les Beiges, Palette Regard Belle Mine Naturelle adalah gandingan warna-warna harmoni. Setiap satunya membentuk lima rona pembayang mata terang ke lebih gelap, matte dan sehalus satin. Rona cerah boleh dioles sendirinya atau dipakai di bawah rona lebih gelap.

 

Fine and creamy, pembayang mata ini mudah dioles menggunakan berus atau hujung jari. Dengan adanya lightreflecting formula, warna lebih terang, berkilau dan tahan sepanjang hari.

 

Sesekali menghadiri acara istimewa, mengapa tidak bersolek lebih menyerlah daripada hari-hari biasa. Kilauan di wajah dengan rona skarf diikat pastinya mampu membangkitkan keyakinan diri.

Sesekali menghadiri acara istimewa, mengapa tidak bersolek lebih menyerlah daripada hari-hari biasa. Kilauan di wajah @sarahhildebrand dengan rona skarf diikat pastinya mampu membangkitkan keyakinan diri. Ditambah belaian sutera Les Beiges Healthy Glow Lip Balm yang creamy, bertekstur melt-away dan diperkaya dengan moringa butter, pastinya memelihara bibir lebih sihat. Penyelaras & Konsep: @marinimz Arahan Seni: @ayoi.arif & @hanyaiera Penata Gaya: @aizataidid Video: @zvlkamals Penyunting: @zakwantaufiq @chanelofficial #NudeIsAStyle #LesBeiges #CreateYourself #ChanelBeauty #ChanelBeautyMY #GLAMmalaysia #GLAM #theglamlife #GlamHijab

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on Jun 28, 2018 at 7:21pm PDT

Pipi Rona Glam

Satu olesan lembut bedak multi rona di pipi pasti meningkatkan seri wajah. Shading wajah perlu lebih meluas pada bahagian bawah dagu agar tidak tertutup diliputi skarf.

 

Les Beiges Harmonie Poudres Lumiere Belle Mine adalah bedak multi rona yang mempunyai garis warna universal yang pelbagai. Satu sapuan mampu memancarkan seri semula jadi agar kulit tampak segar sepanjang hari.

 

Garis warna tersusun warna-warna beige yang pelbagai, diikuti kemerah-merahan atau oren khusus untuk pipi. Malah ia diperkaya dengan formula selesa seperti shea butter dan beeswax.

Solekan natural @asma.nasa lebih digemari wanita kerana rata-rata mereka enggan kelihatan keterlaluan. Memilih solekan asas lebih nipis adalah untuk mengelak, bedak asas yang tebal melekat pada material skarf. Memakai pelembap Les Beiges Sheer Healthy Glow Tinted Moisturizer sangat tepat kerana koleksi @chanelofficial kali ini mengutamakan tekstur semula jadi dengan tagline, nude is a style. Penyelaras & Konsep: @marinimz Arahan Seni: @ayoi.arif & @hanyaiera Penata Gaya: @aizataidid Video: @zvlkamals Penyunting: @zakwantaufiq #NudeIsAStyle #LesBeiges #CreateYourself #ChanelBeauty #ChanelBeautyMY #GLAMmalaysia #GLAM #theglamlife #GlamHijab

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on Jun 22, 2018 at 12:07am PDT

Bibir Mekar

Wajah sehari-hari lebih cantik menggunakan lip balm rona neutral atau nude sahaja. Jika mahu mengenakan warna bibir lebih terang, padankan dengan solekan semula jadi dan skarf yang berona lebih lembut.

 

Belaian sutera Les Beiges Healthy Glow Lip Balm yang creamy, bertekstur melt-away dan diperkaya dengan moringa butter, pastinya memelihara bibir lebih sihat. Kandungan pelembapnya sangat luminous, natural dan sheer finish.

KONGSI DI Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
PREVIU ISU
MAJALAH
TERKINI
Edisi Digital

Banyak lagi dari GLAM

Adriana Lima Telah Mengahwini Dirinya Sendiri
Kontroversi Paling Hangat Dalam Dunia Fesyen Antar...

Artikel Berkaitan Cantik
Interpretasi Bareface Cara SKII
12 Selebriti Wanita Hollywood Kongsi Rahsia Kecant...
Godaan Wangian Dua Personaliti Coco Mademoiselle V...
Rahsia Wajah Awet Muda THE FACE SHOP
Pakar Kecantikan Serba Boleh, Medi Beaute
Kecapi 7 Keajaiban Kulit Dengan THE FACE SHOP The ...
Undercut Terbaru Selena Gomez Mungkin Menjadi Tren...
Raikan Wajah Polos Dengan #BarefacedBeautiful
Selena Gomez Enggan Dikecam Kerana Parutnya

  • ABOUT US
  • ADVERTISING OPPORTUNITIES
  • BLU INC MEDIA
  • HUBUNGI KAMI
  • PROMOSI
glam-black-150

 

Copyright © 2017 Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). All right reserved.

Powered by CloudMeta Web Hosting