Shrink Your Pores

Cantik

Shrink Your Pores

435

wajah-edit
 
Bolehkah saya mengecilkan liang pori-pori? Itu soalan biasa ditujukan. Hakikatnya, walau mengambil masa, at least make it look effortless!
 
Pilih Pembersih Muka Yang Betul

Pembersih membantu membuka liang agar tidak tersumbat. Satu produk penting yang anda perlukan untuk memulakan rutin ini. Pilih satu dengan asid salisilik, yang boleh membantu mengurangkan sel-sel kulit mati yang berada dalam liang pori-pori anda. Ia juga membantu mengurangkan minyak kerana minyak boleh membuat liang anda kelihatan lebih besar.
 
Lakukan Pengelupasan

This step is huge. Pengelupasan secara tetap pasti akan menampakkan pengecutan liang. Sel-sel kulit mati yang tersumbat di dalam liang anda segera dikeluarkan daripada kulit. Maka, liang pori-pori tidak tampil ketara setiap hari. Gunakan tuala muka yang bersih untuk membantu pengelupasan kulit perlahan-lahan.
 
Cuba Retinol

Retinol diperolehi daripada Vitamin A dan ia mudah didapati di mana-mana kaunter jenama produk kecantikan. Kehebatan Retinol dikenali dengan kemampuan menembusi lapisan kulit, mengubah kulit anda sebelum sampai ke permukaan. Retinol biasanya didapati dalam rangkaian produk anti-penuaan yang boleh menyebabkan pengelupasan pada kulit sensitif. Pengunaan harian tidak digalakkan jadi gunakan setiap hari ketiga dan lihat bagaimana kulit anda bertindak balas.
 
Jangan Cungkil!

Let the products work for you! Apabila liang roma tersumbat, tiada yang lebih sukar daripada melawan keinginan mencungkil bintik hitam itu keluar. Tahan diri dari berbuat begitu. Apabila anda mencungkilnya, kulit menjadi merah dan ia menyebabkan trauma pada kulit dan liang pori-pori mulai membesar. Bukan itu sahaja anda juga menambah kotoran dan minyak dari tangan anda dan ini boleh menyebabkan jerawat dan jangkitan.
 
Sembunyikan Dengan Primer

Primer hebat dalam memudarkan kehadiran liang pori-pori yang besar. Pernahkah anda tahu apabila menyapu bedak asas, ia seakan  tersumbat dalam liang pori-pori anda? Setiap kali lapisan dicalit, liang pori semakin membesar. Ini adalah rutin solekan yang salah! Anda memerlukan primer untuk solekan asas supaya tidak memasuki liang pori-pori. Primer wujud sebagai satu bentuk penghalang antara solekan dan kulit anda.
 
Cuba Masker Tanah Liat

Pupur dengan tanah liat Kaolin baik untuk anda yang memiliki liang pori-pori besar dan tersumbat. Anda hanya perlu menggunakannya sekali atau dua kali seminggu untuk faedah paling ketara.

Your email address will not be published. Required fields are marked *