Shockingly Unconventional

Berita, Cantik

Shockingly Unconventional

1071

Haruman sentiasa dikaitkan dengan aura peribadi. Setiap nota, baik atas, bawah atau pertengahan memberi erti tersendiri. Namun, apabila berbicara mengenai haruman Amouage, pasti anda membayangkan kemewahan pada setiap titisan setiap kali ia dilayangkan. Malah, di rumah Amouage setiap wangian yang di hidangankan mempunyai cerita tersendiri.

Terbaru dari Amouage, koleksi Portrayal menampilkan ksiah yang unik dari bab ke lima di rumah Amouge. Portrayal mengisahkan mengenai haluan seseorang kepada dirinya sendiri. Ia mencerminkan keunikan dan ketulenan, percubaan membebaskan diri daripada sangkar keterpencilan yang didirikan oleh masyarakat di sekelilingnya kerana kebenaran sering dilihat sebagai sesuatu yang mengejutkan dan bukan kelaziman.

Portrayal memperlihatkan keupayaan seorang seniman untuk mencantumkan semula serpihan-serpihan daripada zaman dan tempat yang berlainan. Apabila masyarakat ketandusan, mereka dapat membawa diri dan tenggelam dalam pemberontakan kebebasan yang boleh dibandingkan dengan Zaman Kebangkitan London pada 1920-an dan zaman Kegetaran New York pada 1980-an. Dengan keranggian, keghairahan dan keakraban hubungan Anak-Anak Muda Pintar yang tidak pernah mendapat kepuasan, seniman menyerah kalah. Terdesak untuk mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan, mereka menggabungkan seni, budaya dan diri mereka sendiri untuk mencipta semula sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan. Maka lahirlah Portroyal yang membiaskan segala yang terindah.

 

 

 

OLFAKTORI

Portrayal Man Portrayal Woman
   
Keluarga Wangian Keluarga Wangian
Kayuan Flora  
   
Imbasan Imbasan
Daun Violet

 

Melur
Imbasan  

Utama

Vetiver  (Akar wangi) Tembakau Craven A, Vanila

 

Dasar Dasar
Kadena  Elemi 

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gambar Amoauge

Your email address will not be published. Required fields are marked *