Rahsia Wajah Awet Muda THE FACE SHOP - Glam Malaysia

Rahsia Wajah Awet Muda THE FACE SHOP

Hindari garis penuaan atau kedutan, pigmentasi membentuk tompok hitam dan kulit wajah tidak sekata.

 

Seawal usia 20 tahun, kebanyakan gadis leka kerana bangga dengan wajah muda remaja. Ramai di antara mereka mengabaikan penjagaan wajah sehari-hari. Sekadar mengguna produk penjagaan asas namun berhenti di situ sahaja.

 

Menurut Doktor Aida Nordin, Pakar Dermatology & Aesthetics, remaja di Korea mulai sedar untuk menjaga kulit wajah mereka sejak remaja lagi seawal usia 18 tahun kerana budaya mereka sebegitu. Ibu bapa mereka bertanggung jawab dalam memberikan didikan.

 

“Kalau wanita di Malaysia boleh menjaga wajah bermula usia 20 sehingga 23 tahun, sudah memadai buat saya. Ramai yang tidak tahu, kolagen semakin merosot setiap kali usia meningkat.”

 

Kolagen tunjang utama dalam proses melembutkan wajah. Kulit akan kehilangan kolagen sebanyak 5 peratus setiap tahun selepas usia melepasi 26 tahun.

Saranan Produk: Yehwadam Snow Lotus Pearl sesuai digunakan agar wajah tambah seri.  Kesan segera diberikan dengan efek mencerahkan kulit dan malambatkan proses kedutan pada wajah. Garis halus musuh semua wanita akan dapat dikawal. Hanya dengan sapuan dua atau tiga kapsul sebelum bersolek, wajah juga jadi lebih sekata dan berseri-seri.

See also
Kekal Muda Tak Kira Usia

 

Saat meniup lilin hari jadi ke 30, hati mula berdebar kencang. Wanita mula mengambil masa lebih lama membelek wajah. Mereka lebih teliti dan mula bertemu beberapa tompok hitam yang samar-samar kelihatan. Terutama bagi anda yang aktif dengan aktiviti luar dan dipanah sinar UV.

 

Minda mula berfikir, tompok ini sudah lama di situ atau baru timbul? Perasaan takut perlahan-lahan menular dan anda mula mengintai produk penjagaan kulit yang sesuai.

 

Semua orang tahu bagaimana pigmentasi terbentuk. Semua orang juga tahu bagaimana mahu merawat atau mengatasinya. Namun, sayangnya mengubah rutin harian individu itu lebih sukar. Jangan malas!

Saranan Produk: Yehwadam White Ginseng Collagen Capsule Cream pasti serasi untuk mencegah pigmentasi atau tompok hitam yang semakin menyerlah selain anti kedut dan memutih wajah. Sangat sesuai bagi anda yang menjalani gaya hidup aktif atau sibuk dengan tugasan harian di luar rumah. Krim ini mampu menguatkan immunity dan meningkatkan keanjalan dan menegangkan kulit. Kulit wajah pasti kelihatan lebih sihat dengan menyerlahkan seri daripada dalam. Tompok hitam juga semakin samar.

See also
Sambutan Istimewa Perjalanan Capture Totale

 

Sedekad lagi usia meningkat, pasti kulit seolah-olah menjerit meminta ditambahkan kolagen pada kulit. Sahabat baik kolagen iaitu Vitamin C juga turut menurun, itu tidak membantu. Jadi garis-garis penuaan mula menyerlah.

 

Keanjalan kulit juga mulai merosot saat kepadatan tulang merosot. Mula timbul lebih banyak masalah seperti terdapatnya kantung mata juga kedutan drastik muncul di hujung mata, garis senyum dan dahi. Menakutkan bukan?

 

Saat tempoh usia meningkat, kamu perlu memberi perhatian keperluan kulit dan menukar produk penjagaan yang lebih sesuai. Hanya diri anda yang lebih mengerti keperluan wajah.

Saranan Produk: Nokyong Collagen Contour Lift Gold adalah formula anti penuaan paling berkesan terutama untuk wanita 40an. Krim kasul ini mampu mengatasi masalah lapan garis penuaan seperti di dahi, kerut mata, sekeliling mata, bawah mata, garis ketawa, bibir, leher dan garis kontur wajah agar kulit anda sentiasa kelihatan lebih muda. Siapa tidak dambakan kulit lebih anjal, tegang dan cerah sepanjang hari.

 

See also
Kylie Minogue, Ikon Pop Yang Kekal Stylish

Sahut usia matang dengan lebih bangga. Sayangi kulit anda dengan memeliharanya sebaik mungkin. Manjai kulit wajah anda dengan memilih produk berkualiti. THE FACE SHOP semestinya mampu menjadi sahabat terbaik kulit wajah anda agar lebih awet muda.