Minyak Muka The Body Shop Oils of Life

Rahsia Minyak Muka The Body Shop Oils of Life

TheBodyShop OilOfLife
 
Minyak muka dengan tekstur ringan yang meresap mudah disapuan wajah, Oils Of Life Intensely Revitalising Facial Oil, produk terbaru ilham The Body Shop ini menawarkan minyak benih tulen dari bahan semulajadi yang memberi nafas baru terhadap wajah anda. Kandungan rahsia tiga bahan utama menjadi senjata istimewa yang menjanjikan lagi kesucian sempurna buat wajah anda!
 
OOL Gold bowl Cumin_HR_20pc
 
Jintan Hitam
Juga dikenali sebagai ‘benih berkat’, minyak benih jintan hitam cukup terkenal di negara Timur Tengah hinggakan ianya turut digunakan dalam perubatan. Dikhabarkan penggunaan jintan hitam telah mula diamalkan secara tradisional sejak 2000 tahun lalu di  Mesir, tidak hairanlah bahawa ia digelar sebagai antara khazanah alam semula jadi yang begitu berharga! Kini menerusi inovasi teknologi terkini, The Body Shop menerapkan bahan ini ke dalam Oils Of Life yang sudah pasti mampu menyuntik lagi keserian wajah.
 
OOL Gold Bowl Camillia_HR_20pc
 
Camelia
Minyak benih camelia merupakan antara ramuan terkini yang digunakan dalam produk kecantikan mewah. Diekstrak daripada biji pokok teh, minyak ini punya nilai komersial yang tinggi di  Tanah Besar China. Pengunaan yang meluas dari minyak masakan ke kecantikan hingga perubatan, kehebatan camelia tidak perlu disangkal lagi! Antaranya bertindak sebagai pelembap serta ejen anti penuaan, yang juga merupakan sebahagian daripada azimat hebat ditawarkan Oils of Life.
 
OOL Gold bowl Rosehip_HR_20pc
 
Rosehip
Sarat dengan Vitamin C, rosehip merupakan buah kepada tumbuhan bunga mawar yang kebiasaannya berona oren kemerahan. Kandungan Vitamin C rosehip dikatakan melebihi 50% daripada buahan oren, lantas menjadikannya ramuan berharga yang boleh dimakan mentah serta sebagai resipi bernilai dalam produk penjagaan wajah. Antara khasiatnya adalah menjana sel-sel kulit baru serta melembap. Selain itu, ianya turut kaya dengan Vitamin A yang punya manfaat luar biasa buat kulit wajah. Memperakui kehebatan minyak benih rosehip, The Body Shop terbang ke Chile bagi merevolusikan bahan ini ke dalam minyak muka Oils of Life lantas menggabungkannya bersama dua bahan lain, menjanjikan sesuatu yang inovatif dan terunggul untuk penggunanya!
 
 

See also
Mate 8 Peranti Pintar Terbaik Harus Anda Miliki