Rahsia Mekap Dari Jurusolek Peribadi Adele!

Cantik

Rahsia Mekap Dari Jurusolek Peribadi Adele!

91

 

Tidak dinafikan bahawa segala yang “disentuh” Adele bertukar menjadi emas. Dari lunak suara merdunya, keanggunan elegan, kejelitaan semula jadi serta perwatakan ramah, Adele sememangnya a queen in her own right!

 

Penyanyi All I Ask ini juga cukup terkenal dengan gaya mekap signaturnya, iaitu winged eyeliner! Jurusolek yang bertanggungjawab buat look ikonik ini? Michael Ashton.

 

 

Baru-baru ini, Michael dijemput oleh The Cut untuk “memecah” rahsia perihal mekap yang digunakannya — apakah helah kecantikan beliau? Jurusolek terkenal itu berkata bahawa bagi mengelakkan concealer bawah mata berlipat, Michael mengesyorkan gadis-gadis fesyen untuk mengaplikasikan primer kelopak mata terdahulu sebelum concealer pilihan.

 

Ya, jenis primer sama yang digunakan di kelopak anda untuk mengekalkan tona pembayang mata! Dengan cara itu, concealer tidak mudah hilang dan pigmen akan tetap sepanjang hari!

 

“Bedak dusting di atas concealer akan menyebabkan lipatan. Tetapi ia tidak akan terjadi jika anda gunakan primer terdahulu,” katanya kepada The Cut.

 

Pasti ramai tertanya-tanya akan produk yang sering digunakan Michael, tidak? Ianya ialah Coconut Eye Primer oleh Marc Jacobs — yang sama digemar Adele!

Your email address will not be published. Required fields are marked *