Rahsia Kecantikan Galian Mineral

Rahsia Kecantikan Galian Mineral Maghribi

camel caravan with tourists riding along sand dunes at sunriseGambar: INGimage

 

Kedudukan Maghribi yang berpantaikan Lautan Atlantik serta Lautan Mediterranean, turut berada dalam ruang lingkup tanah Afrika Utara. Perubahan cuaca berlaku di sekitar kawasan gurun Maghribi telah banyak menghasilkan galian mineral termahal di dunia serta ianya sesuai bagi tujuan perubatan atau kecantikan. Lihat sahaja wanita Arab di sana, sentiasa dalam keadaan sihat dan cantik. Selain itu, kawasan ini juga amat terkenal dengan budaya etnik eksotik pelbagai kaum. GLAM mengungkap beberapa seleksi utama bahan galian mewah Maghribi.
 
1. Tanah Liat RhassoulĀ 
Sejak berkurun abad, bahan galian tanah liat Rhassoul menjadi asas kecantikan kaum bangsawan Roma dan Mesir. Terletak di kawasan gunung Atlas. Warna aslinya seperti pinkish beige yang terhasil daripada kerak batu letupan gunung berapi. Antara khasiat Rhassoul adalah melicinkan kulit wajah, anti-penuaan dan merawat keguguran rambut hingga ke akar umbi. Selain itu, ia mampu membuat rambut tampak lebih licin dan sihat. Kini, ia menjadi ramuan utama di spa kecantikan seluruh dunia.
 
2. Minyak Argan
Pokok yang terletak di belah selatan Maghribi ini mempunyai khasiat paling mewah di dunia yang merangkumi bahan aktif antioksidan dan vitamin. Apa sahaja produk menggunakan minyak Argan ini pasti mujarab. Antara khasiatnya adalah merawat penyakit kulit, menyuburkan dan melebatkan rambut serta bertindak sebagai ramuan utama kosmetik kecantikan.
 
3. Minyak Zaitun
Khasiat 1,001 buah zaitun menjadi azimat wanita seluruh dunia termasuklah di Maghribi. Bagi mereka, minyak zaitun bertindak sebagai pelembap kulit badan yang kering. Cara penggunaan adalah memilih minyak dalam suhu sederhana panas agar ia menyerap dalam liang roma kulit dengan lebih efisien.
 
4. Sabun Pine Tar
Bahan aktif bagi exfoliate kulit dan melembutkan kulit. Malah, ia sesuai untuk terapi bagi pesakit ekzema dan psoriasis. Selain itu, kehebatannya dikatakan boleh merawat daripada terkena poison ivy, poison sumac, kulit terkena selaran matahari dan gigitan serangga. Sabun hitam unik ini dikategori sebagai bahan organik kerana ia berasaskan daripada serpihan batang pokok pain serta selamat digunakan.
 
 

See also
Shockingly Unconventional