Musuh Mata Berkedut - Glam Malaysia

Musuh Mata Berkedut

Blepharospasm atau mata yang berkedut tidak terbatas kepada sesiapa tanpa mengira usia. Kedutan pada mata ini tidaklah membahayakan dan tidak menjejaskan penglihatan namun jika tidak diubati dalam tempoh yang lama ia akan kekal selamanya pada wajah.
 
NEW YORK FASHION SHOW SPRING SUMMER 2015
 
Seorang pakar mata, Burt Dubow daripada Contact Lens and Cornea Section of the American Optometric Association menyatakan bahawa situasi ini bukanlah masalah yang serius. Berlakunya kedutan pada mata berpunca daripada kontraksi dari otot orbicularis oculi dan terjadinya kontraksi sementara pada saraf di dalam otak.
 
Tujuh Punca Berlakunya Kedutan Pada Mata
 
1. Masalah menjadi punca utama stress kepada sesiapa dan tidak dijangka bahawa tekanan ini mampu menjadi penyebab berlakunya ketegangan pada mata. Akhirnya wujudlah kedutan yang tidak diingini. Oleh itu, sewajarnya punca tekanan ini seharusnya ditangani dengan sebaiknya.
 
2. Tidur yang tidak mencukupi bukan sahaja memberi kelelahan pada tubuh badan tetapi juga pada mata. Ini kerana, ia boleh membuatkan kelopak mata menjadi kejang dan jika dibiarkan berterusan, masalah seperti kedutan ini akan menjadi sukar untuk dirawat.
 
3. Perlu lebih berjaga-jaga dengan mata anda, tidak digalakkan untuk bekerja terlalu lama di hadapan komputer kerana aktiviti ini akan menghadkan gerakan kelopak mata. Ia menjadi punca utama kepada mata yang lelah apabila melakukan sesuatu dalam tempoh masa yang lama.
 
4. Walaupun kafein menjadi asas kepada piramid pemakanan manusia. Akan tetapi jika mengambil kafein secara berlebihan, ia bisa meningkatkan tekanan pada bahagian mata lalu mempercepatkan kedutan pada bahagian mata.
 
5. Nutrisi yang tidak seimbang juga menjadi punca permasalahan ini. Kekurangan vitamin magnesium membuatkan kelopak mata mudah kejang.
 
6. Jika mengalami alahan terhadap sesuatu, pastinya bahagian mata akan mula terasa gatal kemudian berair lalu mulai bengkak. Adalah lebih baik jika tidak digosok. Seeloknya cuci dengan air bersih dan terus berjumpa dengan doktor pakar. Ini kerana, di dalam kelopak mata, terdapat sejenis cecair dipanggil histamine yang akan merembes keluar bagi membantu pergerakan kelopak mata.
 
7. Mata kering adalah antara penyebab utama tanda penuaan ini mula menyerang kerana ia turut memberi efek iritasi pada kornea atau konjuntiva. Jika anda mengalami mata kering, cuma perlu ambil langkah mudah dengan menitis ubat mata biar kekal lembap kerana kandungan ubat mata ini akan membantu melemaskan otot mata lalu mengurangkan kedutan mata. Namun, harus mendapatkan preskripsi yang betul daripada pakar terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

See also
Miliki Wajah Menawan Dengan True Island Alaska Aqua