Preview Fenty Beauty Dibintangi Model-Model Ternama

Cantik

Preview Fenty Beauty Dibintangi Model-Model Ternama

91

Sebelum pengumuman rasmi dibuat oleh Rihanna sendiri, khabar angin mengenai Fenty Beauty sudah pun mula menular dalam industri (dia pernah meenggunakan Fenty Beauty di atas karpet merah sebelum ini) dan menyebabkan ramai merasa teruja dengan pelancaran produk-produk kecantik oleh Hollywood’s favourite it girl.

 

Awal Ogos lalu Rihanna akhirnya mengumumkan pelancaran Fenty Beauty pada 8 September ini. Penyanyi itu juga telah berkongsikan sebuah klip melalui Instagram rasmi Fenty Beauty yang menampilkan model-model ternama seperti Halima Aden, Duckie Thot, Rihanna sendiri, dan beberapa lagi model berbilang bangsa.

 

Produk yang paling jelas dalam previu iklan tersebut adalah lip gloss dan ia juga amat jelas membeirkan tumpuan kepada bibir-bibir model.

 

Dalam satu klip lagi, model Camila Costa dilihat menyenaraikan nama-nama rona yang terdapat dalam rangkaian lip gloss Fenty Beauty seperti “Freestyle,” Something or Somebody “…Have More Fun,” dan “Kilowatt.”

 

Bawa diri anda ke Sephora berdekatan 8 September ini untuk mendapatkan Fenty Beauty anda!

 

 

A post shared by Sephora (@sephora) on

Your email address will not be published. Required fields are marked *