Pewarna Rambut Baru Yang Bertukar Warna Mengikut Suhu

Cantik

Pewarna Rambut Baru Yang Bertukar Warna Mengikut Suhu

56


 

Pasti pernah terlintas dalam fikiran anda untuk mencuba pelbagai jenis rona warna untuk rambut anda tetapi takut untuk merosakkan rambut anda melalui proses bleaching betul?

 

Seorang saintis visualisasi data (data visualisation scientist) Lauren Bowker boleh membantu anda dengan formula pewarna rambut terbaru yang dijumpai olehnya berupaya untuk bertukar warna mengikut suhu sekeliling anda.

 

Dilancarkan semasa Minggu Fesyen London dengan kerjasama Storm Models dan studio rekaan Lauren, The Unseen, koleksi ini terdiri daripada tujuh semi-permenant pewarna rambut.

 

Antara tujuh pewarna tersebut, ‘FIRE’ dapat dilihat berupaya menukarkan warna rambut yang gelpa kepada rona warna kemerahan dengan sentuhan jingga apabila terdedah kepada suhu tinggi.

 

Lauren menerangkan sebab fenomena ini melalui kajiannya dan minatnya pada sains:

 

Apabila haba terkena pigmen, ataupun didedahkan kepada suhu rendah, ia mengubah ikatan kimia untuk memberikan anda rona warna yang berbeza, seperti tindak balas kimia.

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *