Personaliti Dan Haruman - Glam Malaysia

Personaliti Dan Haruman

Portrait of beautiful romantic lady in a wreath of apple trees in the summer garden

Gambar: INGimage


 
Bagaimanakah satu haruman itu mampu memberi impak kepada personaliti? Juga bauan yang bagaimana sesuai buat diri anda? GLAM merungkai segala kisah di balik item kecantikan ikonik ini!
 
The Power of Scent

Haruman seksi menggoda Bila membayangkan haruman yang berahi pasti terbayang nota-nota yang pedas juga oriental antaranya seperti vanila dan amber. Nota seperti ini memiliki aroma yang cukup kaya juga eksotik. Rasa sensual pada haruman ini sesuai disembur kala temu janji atau juga ke makan malam yang romantik. Bukan sahaja menyuntik rasa sensasi malah membuat diri lebih glamor dengan bauan seperti ini.
 
Haruman Manis Lembut Bau yang cukup padan sekali buat mereka yang memiliki personaliti diri yang feminin serta girly. Haruman manis ini lebih kepada nota-nota floral seperti ros, jasmin, orange blossom, iris juga bunga teluki. Sememangnya kebanyakan bauan manis ini memiliki suntikan floral untuk membangkitkan personaliti lembut dalam diri. Ada banyak jenis bauan manis bergantung kepada intipati kandungannya. Aroma floral ada pelbagai kategori, haruman yang lembut, segar juga pekat. Bauan seperti ini sesuai sebagai haruman siang.
 
Haruman Segar Buah-Buahan Baunya cukup segar dengan elemen bauan sitrus bagi menyuntik personaliti yang gemar melakukan aktiviti luar dan mereka yang berperwatakan optimistik. Kebiasaannya haruman yang bernota seperti ini bukan sahaja memberikan kesegaran, malah ia merupakan haruman yang memiliki formula ringan. Oleh itu, ia cukup sesuai buat mereka yang kerap berada di luar.
 
Haruman Kayu-kayan Cukup sinonim dengan aromanya yang cukup klasik. Ia sebenarnya satu haruman yang memiliki nota yang cukup elegan. Mungkin ini jarang menjadi pilihan wanita. Namun, sebenarnya di balik setiap haruman yang lain, ada sesetengahnya yang memiliki nota asas daripada golongan ini. Aroma kayu serta lumut seperti yang sering didengar iaitu sandalwood, pine, kayu cedar dan oak ini sebenarnya mampu menbarkan haruman yang menenangkan bagaikan terapi. Jika si pasangan memilih haruman bernotakan ini, pasti mereka sentiasa ingin didampingi.

See also
Lash Extensions: Do Not Pull Them Out At Home!