Penyelesaian Buat Acne, Nasihat Miranda Kerr

Cantik

Penyelesaian Buat Acne, Nasihat Miranda Kerr

95

“Trust her, she’s a model!”

 

 

Mekap sememangnya boleh menyembunyikan cacat cela di wajah, namun alat solek juga mempunyai batasan, terutamanya dalam perihal jerawat dan jeragat! Sehubungan itu, tidak mengejutkanlah bahawa supermodel, Miranda Kerr mempunyai jalan penyelesaian buat wajah yang sering “dibanjiri” acne. Sudahkah anda ketahui rahsia Miranda?

 

Oil is the cure,” katanya! Pemilik Kora Organics itu berkata kepada majalah Teen Vogue, “Jika saya mengalami masalah jerawat, saya akan mengimbangi pH kulit saya bersama minyak Glow Noni. Saya mendapati bahawa ia benar-benar membantu, walaupun digunakan semalaman sahaja. Saya sapukan selepas mencuci muka, misting, exfoliating dan pelembap — saya gunakan Exfoliating Cream sendiri sekali setiap dua malam, juga,” sambungnya. 

 

“Saya mendapati bahawa pelanggan di Amerika cenderung untuk tidak menggunakan [minyak], tetapi ia merupakan sumber vitamin yang baik,” katanya. 

 

GLAM tip: Jika anda mempunyai kulit berminyak, mencuci muka dengan pencuci muka berasaskan minyak dan yang biasa dapat mengawal jumlah minyak. Pencuci muka yang berasaskan minyak dapat membersihkan kekotoran, tanpa membuang minyak semula jadi anda!

Your email address will not be published. Required fields are marked *