Pat McGrath Bakal Lancarkan Rangkaian Gincu Berevolusi

Cantik

Pat McGrath Bakal Lancarkan Rangkaian Gincu Berevolusi

423

Pat McGrath bakal menggegarkan dunia kecantikkan. Veteran dunia kecantikan itu akan mengeluarkan rangkaian gincu. Namun demikian, ia bukan calang-calang gincu biasa — tatacara formulasinya dikhabarkan suatu yang membawa revolusi.

 

Pat merupakan antara jurusolek ternama Hollywood, dengan repertoire merangkumi berbagai-bagai kempen editorial, majalah ternama seperti Vogue dan W, serta menyolek raut wajah supermodel tersohor seperti Kate Moss dan Naomi Campbell, koleksi gincu jenis matte beliau pantas menjadi buah mulut ramai.

 

Koleksi yang dinamakan Lust MatteTrance by Pat McGrath itu dilancarkan selepas lebih 25 tahun Pat “bermain-main” bersama pelbagai jenis gincu. Ia dikhabarkan bahawa idea ini diketengahkan beliau kerana walaupun beliau telah menjadi jurusolek buat beratus-ratus acara fesyen dan muka hadapan majalah editorial, beliau masih belum temui gincu yang digemarnya. Lust MatteTrance dikatakan amat kaya dengan pigmen warna, namun tidak akan mengkaburkan tekstur asli bibir pemakai.

 

Rona-rona gincu hasilan ini sesuai digunakan atas apa jua tona warna kulit. Terdapat 3 rangkaian dalam koleksi ini, setiap satu mengandungi 3 rona, yakni Skin Show iaitu warna neutral seperti nude dan perang, Colour Blitz buat mereka yang gemarkan perhatian — diantaranya fuschia dan oren pekat dan Full Panic buat gadis bold yang inginkan rona warna gelap seperti burgundy dan ungu gelap.

 

Dan seperti mekap-mekap jenama Pat McGrath yang lain, ia didatangkan dalam packaging yang serba mewah — fikirkan: seramik gelap dan emas! Anda juga boleh beli secara set. Terdapat 3 gincu dalam satu set dan berharga USD95 (RM405). Jika dibeli secara individu, setiap gincu berharga USD38, atau RM162 setiap satu. Lust MatteTrance bakal dilancarkan kepada umum pada 14 Julai.

 

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *