Palet Warna Sempurna Buat Wajah

Palet Warna Sempurna Buat Wajah

Glam 33536Gambar: Arkib GLAM

 
Pemerah pipi warna merah jambu terang? Oh no! Masih ramai wanita yang takut untuk mengoles warna-warna terang pada wajah mereka. Ini mungkin kerana mereka tidak mahu mencuba untuk keluar dari zon solekan yang selesa. Selesa yakni solekan minimal atau kadang-kala hanya memakai bedak asas dengan olesan gincu.
Gaya solekan melambangkan karakter diri dan meninggalkan satu pandangan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Mungkin solekan garang dan penuh dengan statement melambangkan personaliti diri yang agak edgy. Manakala, solekan lembut dioles warna-warna tanah mahupun merah pastel menggambarkan gaya diri yang lebih feminin.
 
RONA SESUAI TONA KULIT
1. Buat yang mempunyai kulit tona hangat, warna yang sesuai untuk layangan pipi yang lebih seksi namun masih tampak natural adalah warna-warna seperti pic atau juga coral. Bagi yang memiliki tona kulit yang lebih dingin, pilih merah jambu lembut atau rona mauves yang ringan.
 
2. Bronzer terbaik bagi yang berkulit putih adalah warna-warna hangat seperti warna pic atau merah jambu dengan kemasan kemilau. Ia mampu menonjolkan lagi solekan wajah dengan memberi efek glowy. Buat yang bertona gelap, tinggalkan bronzer tetapi sebaiknya gunakan highlighter. Solekan effortless dengan calitan highlighter mampu menonjolkan dan menaikkan lagi seri wajah.
 
3. Palet pembayang mata dengan rona-rona yang tidak terlalu gelap amatlah sesuai buat mereka yang berkulit putih melepak. Jika anda mahu bermain dengan warna-warna terang, adunkan sedikit elemen rona tanah bertekstur metalik untuk solekan siang yang sempurna. Tona kulit yang lebih gelap harus mengelak memilih  rona putih yang berlebihan, biru, hijau juga merah jambu pucat. Ianya akan menjadikan solekan tampil tidak cantik dan kemas.
 
4. Rona gincu bibir yang terang amat sesuai buat wanita berkulit putih! Daripada fuschia hingga ke warna jingga terang, semuanya tampak menarik. Dan jika inginkan warna-warna nude, pilih daripada pilihan warna yang punya sedikit rona merah jambu atau pic agar wajah tidak kelihatan pucat. Bagi yang berkulit gelap, gincu bibir berona merah terang amat padan dengan tona kulit ini. Lapiskan dengan gloss bibir natural mahupun gloss berwarna dan bibir akan tampak sempurna.
 
NAIKKAN LAGI SERI SOLEKAN
Kening yang rapi juga membantu menjadikan wajah tampil bersiap. Oles maskara kening mengikut kesesuaian warna rambut barulah wajah tidak tampak ganjil. Salah cara mengoles atau merapi kening membuatkan imej solekan tampil tidak kena. Jika tidak mahu mencabut bulu kening, sekurang-kurangnya rapikan agar tampak kemas.
 
 

See also
G-Dragon Dipilih Sebagai Duta Jenama Penjagaan Rambut