Palet Solek Kate Moss, Worth It Atau Tidak? - Glam Malaysia

Palet Solek Kate Moss, Worth It Atau Tidak?

 

Walaupun beliau pernah menjadi wajah utama kempen oleh berbagai-bagai jenama gergasi, termasuklah Calvin Klein dan Kerastase, Kate Moss jarang memberi namanya ke produk-produk sendiri. Kolaborasi supermodel antarabangsa ini dengan jenama kecantikan Rimmel London buat ulang tahun mereka yang ke 15 pada tahun lepas merupakan salah satu gandingan bahu Kate bersama mana-mana produk.

 

Walau bagaimanapun, Kate Moss dikhabarkan baru sahaja melancarkan palet pertamanya, hasil sinergi bersama jenama Jepun, Decorté. Ia merangkumi pembayang mata berona taupe dan perang, gilapan gincu merah klasik dan beri ungu. Termaklumlah bahawa Kate sendiri membawa karakternya dalam setiap tona warna palet tersebut. 

 

 

“Saya cenderung untuk memilih rona yang sesuai buat kerja, tetapi juga telah menambah warna yang lebih kaya supaya anda mempunyai pilihanh untuk gaya yang lebih strong,” katanya kepada Harper’s Bazaar US. “Saya gemarkan tesktur separuh matte dari pilihan gincu, ia mampu bertahan seharian di samping melembapkan bibir anda juga.”

See also
Closet Confidential

 

Palet tersebut didatangkan bersama beberapa produk Decorté lain yang digemar Kate, termasuklah pensil alis dan bekas puch hitam. Buat masa kini, palet ini hanya terdapat di Saks Fifth Avenua di New York, pada harga £154.72  (RM861.24).

 

Namun, suatu persoalan timbul — berbaloikah palet ini? Menyandarkan reputasi baik Decorté dalam dunia kecantikan, ia sangat worth it. Jenama ini terkenal dengan cara pembikinan mereka, yakni setiap produk rawatan kulit dan mekap mereka merangkul cara perubatan purba Timur bersama teknologi terkini.

 

Kate Moss menjadi duta wajah jenama ini pada tahun 2010 dan hubungan mereka mula berbunga sejak dari itu.