Neutrogena Menamakan Nicole Kidman Sebagai Duta Global

Cantik

Neutrogena Menamakan Nicole Kidman Sebagai Duta Global

80

Jenama produk kecantikan dan kosmetik Nuetrogena telah mengumumkan duta mereka yang terbaru pada hari ini.

 

 

Pelakon terkenal dan penerima anugerah Acadeny Award Nicole Kidman dinobatkan sebagai Duta Global baru untuk Neutrogena.

 

Pengurus Pemasaran untuk Johnson & Johnson Pacific menerangkan keputusan mereka untuk memilih Nicole Kidman sebaga duta global mereka:

Nicole mempunyai semangat wanita yang kami kami memberikan komitmen kepada mereka setiap hari, semangat mereka, kekuatan dan fokus membuatkan wanita Neutrogena sangat istimewa. Nicole akan membantu kami menggalakkan wanita untuk menerima kecantikan mereka melalui lensa kulit yang sihat dan memberikan semangat kepada wanita untuk melihat apa mereka boleh kecapi dengan Neutrogena.

Foto: Vogue

“Seperti yang anda semua tahu saya membesar di Australia di mana perlindungan terhadap matahari adalah segalanya — ibu saya mengajar saya untuk melindungi kulit saya daripada matahari sejak saya kecil. Jadi menjaga kesihatan kulit saya adalah perkara yang saya sudah faham ketika membesar. Semakin saya berusia, perlindungan daripada matahari sudah menjadi perkara biasa bagi saya… Saya telah mengetahui bahawa kulit anda memerlukan perhatian dan sokongan, seperti anggota badan anda yang lain bagi mengekalkan kesihatannya. Jadi apabila saya diberi peluang untuk menyertai Neutrogena, satu jenama yang mementingkan kesihatan kulit, ianya ibarat takdir buat saya,” terang Nicole dalam satu kenyataan.

Your email address will not be published. Required fields are marked *