Miliki Wajah Menawan Dengan True Island Alaska Aqua

Cantik

Miliki Wajah Menawan Dengan True Island Alaska Aqua

666

Majlis perkahwinan yang indah dan sempurna adalah impian setiap wanita kerana ia akan menjadi kenangan seumur hidup. Selain persiapan kenduri, kulit wajah juga memerlukan persiapan yang rapi.

Wajah yang sihat dan berseri akan menyerlahkan lagi penampilan anda menjelang hari bahagia. Oleh itu, penggunaan produk penjagaan wajah yang sesuai amat penting.

 

True Island Alaska Aqua adalah produk kecantikan yang diperbuat di Korea yang dirumuskan tanpa paraben, talc, triclosan dan minyak mineral. Rangkaian ini terdiri daripada pencuci muka, toner, krim dan masker yang mengandungi air glasier dari Alaska dan bahan semula jadi yang baik untuk kulit kombinasi, berminyak dan sensitif.

 

Ikuti langkah demi langkah cara penggunaan dan khasiatnya buat kulit wajah anda.

4 of 4

True Island Alaska Glacier Water Ultra Moisture Mask, RM15

Topeng muka ini mengandungi 0.01 peratus Alaskan Galcier Water yang kaya dengan mineral semula jadi dan asid hyaluronik masih menjadi bahan utamanya. Masker ini diperbuat daripada 100 peratus selulosa semula jadi yang diekstrak daripada biji kapas yang lebih berkesan dibanding dengan kapas atau serat lain. Masker ini membekalkan kelembapan dan nutrisi yang lengkap kepada kulit. Ia mengandungi kesan penuh dari keseluruhan botol serum.

 
Cara Penggunaan:

  1. Selepas membersihkan wajah, perlahan-lahan sapukan toner pada muka anda untuk menyegarkan tekstur kulit.
  2. Kemudian, gunakan masker topeng pada seluruh wajah, elakkan sekitar mata dan bibir.
  3. Tanggalkan masker selepas 15 hingga 20 minit dan sapukan sisa formula pada keseluruhan hingga ianya menyerap ke dalam kulit anda.

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *