Orgasm Kecantikan Bersama NARS - Page 2 of 3 - Glam Malaysia

Orgasm Kecantikan Bersama NARS

Namanya sahaja mengundang provokasi. Sesuai dengan sensasinya, NARS Orgasm tampil dengan kempen terkini, Get the Look yang merai nuansa segar musim bunga/panas 2017.

 

Wanita tahu NARS terkenal dengan koleksi Orgasm kerana alasan yang kukuh sejak ia dilancarkan pada 1999. Ketepikan sejenak nama provokatifnya dan nikmati olesan magis yang terindah. Sejak diperkenalkan, koleksi Orgasm telah berkembang dan saban tahun terus menyaksikan evolusi mainan warna yang lebih menarik. Maka tidak hairanlah kenapa Orgasm pantas menjuarai carta teratas jualan pemerah pipi di Amerika kerana kemampuannya untuk memberikan efek sempurna untuk semua tona kulit sehinggakan ia turut digilai oleh selebriti sensasi Hollywood seperti Kim Kardashian. If you’ve never experienced Orgasm, this is a great reason to try it.

 

KEMPEN ‘GET THE LOOK’

Musim bunga/panas sentiasa dinantikan penggemar NARS kerana mereka tahu François Nars pastinya tampil dengan idea yang bisa mengundang fenomena. Seperti yang diduga, kempen Orgasm musim ini menyaksikan aksi anggun model Daria Strokous. Berlatarkan desir musim panas yang segar, disimbahi cahaya semula jadi telah berjaya menangkap intipati pemerah pipi Orgasm.Efek universal yang asli dan sentuhan alam semula jadi yang sempurna.

 

Untuk mendapatkan efek ini, percaturan bijak François Nars mengunakan Radiance Primer SPF 35 bersama pelembap Groenland Pure Radiant Tinted SPF 30 yang diadun bersama menggunakan jari, dioles pada pusat muka ke arah luar. Untuk efek bercahaya, penggunaan Creme brulee Radiant Creamy Concealer pada bawah mata bersama berus #12, diteruskan dengan Laguna Liquid Bronzer yang diratakan pada rongga pipi dan dahi. Gabungan Orgasm Liquid Blush bersama serbuk Orgasm Blush menggunakan berus Yachiyo dengan gerakan bulat untuk mendapatkan impak kilauan yang lebih tahan lama. Franciois Nars memilih pembayang mata Kajari Duo yang disapu dengan berus pembayang mata #40, garisan nipis oleh penggaris Via De’ Martellli Larger Than Life Long-Wear Eyeliner dan maskara Audacious. Bibir dioles dengan gincu Orgasm Satin sebagai pelengkap.

 

Koleksi Orgasm boleh didapati di butik kecantikan NARS Suria KLCC, Pavilion KL, Mid Valley Megamall & Parkson Gurney Plaza mulai bulan Jun 2017.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Limited Edition Orgasm Blush, RM127 Work up an afterglow with the original icon. Nuansa universal menerusi efek merah jambu. Koleksi baru edisi terhad.