Makeover Baru Rambut Kate Middleton! - Glam Malaysia

Makeover Baru Rambut Kate Middleton!

Sudah sekian lama kita melihat stail rambut signatur Duchess of Cambridge Kate Middleton dengan rona brunette yang sering digayakan dengan gaya yang santai dan ada kalanya didandan untuk acara-acara penting.

 

Since it’s 2017, Kate dan kelaurganya yang bakal pindah ke London tidak lama lagi nampaknya ingin mencuba sesuatu yang baru. Jadi dia mengubah stail rambutnya.

 

Foto: Alpha Press

Kate memperkenalkan her new do sewaktu menghadiri Wimbledon Tennis Championships di Kelab All England Lawn Tennis and Croquet, London.

 

Duchess of Cambridge itu boleh dilihat mengenakan stail lob paras bahu yang digemari oleh ramai termasuklah selebriti seperti Selena Gomez.

 

Foto: Alpha Press

Stail baru Kate ini membuatkan dia tampak lebih ceria, muda dan sangat sesuai untuk musim panas.

Adakah ini akan menjadi THE hair do untuk musim panas ini melalui Kate Effect?