Mahu Secantik Gisele Bundchen? - Glam Malaysia

Mahu Secantik Gisele Bundchen?

Gisele Bundchen Paris Chanel Fashion Show

Gambar: Arkib GLAM


 
Rata-rata wanita di Brazil memiliki kecantikan yang sememangnya tiada tandingan. Wanita Brazil amat menitikberatkan soal kecantikan sejak dari usia muda lagi. GLAM senaraikan enam rejim kecantikan wanita Brazil untuk cantik seperti Gisele Bundchen.
 
Urutan

Sejenis urutan yang dipanggil lymphatic drainage yang membuang air berlebihan di dalam badan dan secara literal membentuk tubuh badan. Wanita di Brazil gemar melakukan urutan ini setiap minggu. Urutan ini dapat mengekalkan kulit yang berseri, lembut dan sistem limfa yang sihat Urutan ini melibatkan urutan lymph nodes di muka atau seluruh tubuh anda.
 
Air Kelapa

Air kelapa antara rejim kecantikan penting buat wanita Brazil. Bahkan model terkenal, Adriana Lima turut mengamalkan minum segelas air kelapa setiap hari. Selain daripada menyegarkan badan, air kelapa mengandungi bahan cytokinins yang mempunyai kesan anti-penuaan.  Selain itu air kelapa hijau mengandungi mineral seperti magnesium, zink dan zat besi serta vitamin B yang baik untuk kesihatan kulit.
 
Pasir

See also
Kenali Meghan Markle, Wanita Pilihan Putera Harry

Proses exfoliation sangat penting sebagai sebahagian dari rutin kecantikan. Para wanita di Brazil lebih gemar melakukan proses exfoliation dengan menggunakan pasir. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan pasir di pantai kerana pasir di pantai kotor dan turut mengandungi batu atau cengkerang yang boleh melukakan kulit. Pasir yang paling sesuai ialah pasir yang berada di dalam air laut cetek kerana ia bersih dan mengandungi mineral penting, ihsan dari air laut.
 
Lobak

Lobak  kaya dengan beta-karotena iaitu sejenis vitamin A yang baik untuk kulit. Selain itu ia juga kaya dengan vitamin C salah satu agen antioksidan yang berfungsi untuk melambatkan proses penuaan. Untuk dapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik, kerap makan lobak ataupun menjadikannya masker. Ia juga elok untuk iritasi kulit.
 
Jus dan Dermatologi

Jus buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan minuman harian buat wanita di Brazil. Tambahan lagi, negara itu turut memiliki buah seperti acai dan acerola yang sangat tinggi dengan vitamin. Bahkan wanita Brazil kerap melakukan lawatan ke dermatologi. Ahli dermatologi di Brazil akan membuat preskripsi untuk setiap individu untuk produk kecantikan  yang boleh didapati di farmasi.
 
Avocado dan Api

See also
Cetus Evolusi Seni Dandanan Rambut

Wanita Brazil sanggup untuk berhabisan wang untuk rawatan rambut. Salah satu rahsia mereka untuk rambut yang bersinar dan sihat ialah dengan avocado mask. Avocado menambahkan kelembapan pada rambut kering dan melembutkan rambut yang kusut. Lenyekkan avocado dan sapu pada kulit kepala selama 30 minit sebelum dicuci. Selain daripada rawatan tradisional, wanita Brazil turut mengamalkan rawatan ekstrem yang dipanggil velaterapia. Rawatan ini menggunakan api untuk membakar hujung rambut untuk memulihkan rambut bercabang dan rambut rosak. Walaupun rawatan ini tidak dipersetujui oleh pakar kecantikan, namun ia berkesan. Anda cuma perlu menahan bau rambut terbakar selama tiga jam.