MAHU ASAH SKIL ‘STROBING’? KETAHUI ISI ‘STARTER KIT’ YANG SETIAP WANITA PERLUKAN!

MAHU ASAH SKIL ‘STROBING’? KETAHUI ISI ‘STARTER KIT’ YANG SETIAP WANITA PERLUKAN!

TEKS SUZIE ADNAN

 

MAIN PHOTO

Siapa di sini yang ralit melihat tutorial solekan di Instagram? Saya salah seorang daripada mereka. Sungguh mengujakan apabila melihat transformasi wajah yang pada awalnya kelihatan biasa-biasa sahaja, tetapi kemudiannya berubah menjadi cantik luar biasa! Ya, itulah magis solekan. Tangan ini cukup ringan mahu mencuba. Tampak sukar? Oh, skil boleh diasah. Tetapi tools dan alat solek yang bagus amat membantu dalam mengecapi ‘look’ yang diingini. Bagi memudahkan semua, GLAM menyenaraikan starter kit yang mengandungi lapan keperluan solekan ‘asas’ yang terbaik dalam kelasnya. Senarai sudah ada, sekarang anda sudah boleh mula mencuba. Practice makes perfect!

 
 

TARTE

PALET KONTUR, TARTE, RM193
Mulai kontur muka dengan sapuan beberapa tona bedak asas daripada Tarte Tartiest Contour Palette. Cipta ilusi dan naikkan tulang muka dengan teknik contouring yang berkesan. Palet kontur ini boleh dibeli di Sephora.

 
 

BEAUTY BLENDER

SPAN MUKA, BEAUTY BLENDER, RM99
Span yang bagus menghasilkan adunan yang rata dan natural. Beauty Blender yang berbentuk bulat membujur dengan hujung menajam ini memang berkesan dalam mengadun warna di kawasan rumit seperti sekitar mata dan hidung. Span muka ini boleh dibeli di Sephora.

See also
Solekan Dior Cruise 2022 Berfantasi Legenda Greek

 
 

BY TERRY

BERUS OVAL, BY TERRY, RM235
Kegemaran kaki makeup hari ini adalah berus oval dalam pelbagai saiz. Soft-Buffer Foundation Brush daripada By Terry ini berupaya meratakan bedak asas di seluruh wajah, malah cara memegangnya juga lebih menyelesakan. Ia boleh di beli di kaunter By Terry dalam Kens Apothecary, BSC.

 
 

STILA

GINCU MATTE, STILA, RM114
Ya, penangan Lip Kit membuatkan setiap wanita mengimpikan bibir penuh seperti Kylie Jenner. Namun jenama yang lebih premium seperti Stila Stay All Day Liquid Lipstick juga mampu mencipta impak sama malah mampu bertahan dengan lebih lama. Gincu ini boleh dibeli di Sephora.

 
 

MAC

EYELINER, MAC, RM84
Salah satu yang paling mengasyikkan mengenai tutorial solekan adalah skil ketika memakai eyeliner! Mudahkan hidup anda dengan sapuan Superslick Liquid Eyeliner daripada MAC yang memiliki berus tajam yang menjanjikan ketepatan garisan.

 
 

BOBBI BROWN

PALET KENING, BOBBI BROWN, RM201
Dulu kalau mahu melukis kening, selalunya orang menggunakan pensil. Tetapi sekarang ini sudah ada palet warna khas untuk solekan kening. Brow Kit daripada Bobbi Brown lengkap dengan dua tona berbeza malah selain berus, disertakan bersama tweezer!

 
 

See also
Pilihan Gincu Raya Di NITA Cosmetics

SHU UEMURA

BULU MATA PALSU, SHU UEMURA, RM65
Tidak sah kiranya solekan sebegini tidak menggunakan bulu mata palsu. Impak mata menggoda tambah menyerlah dengan tambahan bulu mata gaya natural yang lebih panjang dan lebat. Tentunya pilihan terbaik daripada Shu Uemura.

 
 

HOURGLASS

HIGHLIGHTER, HOURGLASS, RM326
Akhir sekali, wajah yang siap ‘diadun’ pastinya memerlukan highlight di sudut-sudut wajah tertentu khusunya di tulang pipi dan hidung. Peminat solekan kini menggilai Ambient Lighting Palette daripada Hourglass yang khabarnya sudah pun boleh di beli di Sephora berdekatan!