Kempen & Jawatan Terbaru Reese Witherspoon Bersama Elizabeth Arden

Cantik

Kempen & Jawatan Terbaru Reese Witherspoon Bersama Elizabeth Arden

449

Selain daripada dikenali untuk filem Legally Blonde, This Means War, dan Wild, pelakon kelahiran Louisiana Reese Witherspoon juga merupakan seorang penerbit untuk drama hit bersiri di HBO Big Little Lies.

 

Kini dia bakal menambah satu lagi jawatan untuk portfolionya sebagai ‘Storyteller-in-Chief’ dengan kerjasamanya bersama jenama kosmetik dan kecantikan Elizabeth Arden.

 

Foto: Elizabeth Arden

Walaupun tidak beberapa jelas mengenai peranan Witherspoon bersama jenama tersebut, antara tanggungjawanya sebagai Storyteller-in-Chief termasuklah “membentuk naratif jenama tersebut melalu kempen pengiklanan dan program pemasaran, dengan lebih tumpuan kepada strategi digital Elizabeth Arden dan penglibatan,” nyata jenama tersebut.

 

Witherspoon akan menghasilkan konten yang meraikan semangat jenama tersebut, menonjolkan kisah-kisah berunsurkan wanita yang menggambarkan pengalamn kehidupan seorang wanita.

 

Pelakon itu juga menerangkan sebab dia memilih untuk bekerjasama dengan Elizabeth Arden adalah kerana keinginannya untuk menggunakan posisi itu untuk memperkasakan wanita dan memberikan mereka suara.

 

“Perkara pertama yang menarik saya kepada jenama ini adalah sejarah dan warisan mereka dalam membantu golongan wanita,” terang Witherspoon dalam satu kenyataan.

 

Kempen pertama Withersppon akan dikeluarkna pada Mei 2017 dan banyak lagi akan menyusul sepanjang tahun ini.

Your email address will not be published. Required fields are marked *