K-BEAUTY: Kusyen Kompak Terbaik - Glam Malaysia

K-BEAUTY: Kusyen Kompak Terbaik

Oleh Amira Azman
 

Fenomena K-Beauty semakin menjadi-jadi. Makin banyak pula kini jenama-jenama kecantikan yang mengeluarkan kusyen kompak. Buat yang pertama kali mahu mencuba, lihat senarai kusyen kompak pilihan GLAM.

 

Trend K-Beauty ini masih menjadi kegilaan ramai wanita. Kini, ia semakin mendapat perhatian bukan sahaja wanita Asia malah wanita Barat. Fenomena K-beauty tidak lapuk kerana semakin hari semakin banyak produk serta inovasi baru yang dicipta.

 

Begitu juga dengan fenomena kusyen kompak. Semakin banyak jenama kecantikan global kini memilih untuk mengeluarkan bedak asas jenis kompak. Mengapa kusyen kompak? Apakah perbezaan di antara kusyen kompak dengan bedak asas yang biasa?

 

Kusyen kompak memberi efek solekan light-to-medium coverage. Tidak seperti bedak asas biasa. Kusyen kompak sesuai untuk digunakan untuk solekan harian kerana ia sekadar ingin menaikkan seri wajah serta membuatkan wajah lebih tampak dewy bak wajah flawless wanita Korea.

 

GLAM senaraikan empat kusyen kompak terbaik buat anda yang mahu mencuba bedak asas jenis ini.

See also
Hailey Baldwin Menggunakan Darahnya Untuk Melembapkan Kulit

 

LANEIGE BB CUSHION PORE CONTROL

cushion-cases

Antara kusyen kompak terbaik yang boleh anda cuba. Laneige kini hadir dengan kusyen generasi ketiganya. Lebih istimewa, ia hadir dalam lapan tona sesuai buat gadis Asia dari yang berkulit cerah hingga gelap. Kusyen kompak ini mampu mengawal minyak berlebihan yang terhasil daripada kulit wajah. Selain itu, ia juga memberi kemasan separa matte dan juga mampu membuatkan solekan tahan lebih lama!

 

LANCOME BLANC EXPERT CUSHION COMPACT HIGH COVERAGE

 

05 2-Cushion-Asie-Teinte-BO-01-copy

Memiliki kandungan SPF35/PA+++, kusyen kompak ini juga kaya dengan kandungan fiber polar, anti pencemaran serta anti keradangan yang mampu melindung kulit. Ia juga berfungsi dalam menutup cela seperti bintik hitam, merawat tona kulit tidak sekata serta memperkuatkan lapisan dermis pada wajah. Hasilnya, solekan tampil lebih bersinar dengan kemasan baldu serta tahan lebih lama.

 

GIVENCHY TEINT COUTURE CUSHION FOUNDATION

 

Givenchy-Beauty-Teint-Couture-Cushion_reference
Kusyen kompak yang hadir dalam bungkusan hitam cukup mewah daripada Givenchy ini cukup istimewa. Kompak yang berbeza daripada kusyen kompak yang lain kerana ia dicipta dengan menggunakan plak metal yang berfungsi untuk mengepam bedak asas. Ia bertujuan untuk melindungi formula tersebut agar apabila wajah dirapi dengan sapuan bedak asas ini, ia akan memberikan efek yang lebih segar serta kemasan lebih bersinar pada kulit wajah.

See also
10 Selebriti Hollywood Yang Genius Dalam Diam

 

SULWHASOO PERFECTING CUSHION BRIGHTENING

 

sulwhasoo-perfecting-cushion-brightening-spf50-pa-13-light-pink-15g-x-2
Ia hadir dengan formula mencerah yang diperbuat daripada beberapa formula termasuk ekstrak magnolia serta Pearlescent Complex yang mampu membuatkan kulit wajah lebih berseri dan sihat. Selain itu, ia juga mampu merawat kulit wajah yang kusam. Dengan formula bebas minyak yang direka, kusyen kompak ini mampu mengawal minyak berlebihan pada wajah dan secara tidak langsung membuatkan solekan tahan lebih lama hingga 12 jam.