Jenama Kosmetik Yang Membolehkan Anda Menghasilkan Gincu Anda Sendiri

Cantik

Jenama Kosmetik Yang Membolehkan Anda Menghasilkan Gincu Anda Sendiri

86

Sebuah syarikat kosmetik bernama Finding Ferdinand merupakan syarikat yang specializes dalam palet-palet dan warna gincu yang boleh disesuaikan mengikut kehendak pelanggan mereka.

 


 

Hanya dengan berkunjung ke laman web mereka findingferdinand.com buat pilihan peribadi anda dan setelah selesai, mereka akan menghantar hasil produk tersebut kepada anda dalam dua atau tiga hari.

 


 

Kesemua produk mereka dijamin bebas paraben, minyak mineral, phthalates, triclosan, sodium lauryl sulfate dan gluten.

 

Pengasasnya Nhu Le menyatakan:

Kami percaya bahawa trend kecantikan masa hadapan akan dihasilkan oleh para pelanggan, jadi customization sememangnya DNA utama baig kami di Finding Ferdinand. Saya memang mahukan setiap seorang pelanggan kami berupaya untuk menghasilkan sesuatu yang mereka akan suka dan suka untuk menggunanya.

 

Create a custom color suite just for you ?? #beautyguru #beautyinnovations #customlips ?

A photo posted by Finding Ferdinand (@findingferdinand) on


 

Anda memulakan proses ini dengan memilih kemasan anda sama ada sheer, creamy ataupun matte. Kemudian anda boleh memilih empat warna daripada 15 warna asas dari palet yang disediakan dan anda juga boleh melaraskan peratus warna mana yang anda mahukan lebih.

 

Produk ini berharga dalam lingkungan RM130 tetapi anda juga boleh mendapatkan saiz sampel dengan harga RM27 jikalau anda mahu mengujinya dahulu.

 

Mereka juga baru sahaja melancarkan palet baru “Overnight” dimana untuk setiap set anda akan dapat memilih warna untuk highlighter, blush, bronzer dan eye shadow.

Your email address will not be published. Required fields are marked *