Interpretasi Bareface Cara SKII

Cantik

Interpretasi Bareface Cara SKII

643

Teks: Yusairi Fitri

 

Setiap wanita mengimpikan kulit wajah yang bersih, cerah dan berseri. Wanita diseluruh dunia percaya hanya dengan solekan, kecantikan seseorang itu dapat dipertingkatkan. Namun begitu, umum tahu solekan itu hanya sekadar meliputi ia tidak mampu menjadikan kulit sihat dan berseri. Menyedari hakikat ini, SKII yakni jenama premium kecantikan daripada Jepun tampil dengan kempen kempen terkini-#BareSkinProject. Kempen yang mencabar wanita untuk yakin dengan kulit cantik berseri tanpa solekan ini bertujuan untuk percaya percaya bahawa kecantikan sebenar adalah dengan memiliki kulit yang sihat, semula jadi dan yakin.

 
[envira-gallery id=”81478″]

Kempen ini mengetengahkan enam selebriti dunia yang berani menyahut cabaran #bareskin, yakni tanpa sebarang solekan buat pertama kalinya dengan bantuan produk signatur daripada SK-II iaitu Facial Treatment Essence. Bintang kempen ini dibarisi oleh Chloe Grace Moretz, Chun Xia, Kasumi Arimura, Mayu Matsuoka, Ni Ni dan Tang Wei. Sessi penggambaran telah disempurnakan oleh jurugambar terkemuka dunia dari Magnum Photos seperti Christopher Anderson, Alessandra Sanguinetti dan Jim Goldberg. Lebih istimewa, setiap gambar untuk #BareSkinProject ini tidak melalui sebarang proses suntingan demi membuktikan keserian kulit bintang-bintang ini meski tampil tanpa solekan, hanya berbekalkan sapuan Facial Treatment Essence.

 

Kata pelakon Amerika Chloe Grace Moretz, kempen ini sungguh menarik kerana ia membantu wanita untuk tampil menghargai kecantikan semula jadi, kulit bebas solekan dan meningkatkan keyakinan. Kempen ini sesuai dan mewakili apa yang saya dambakan.”

 
[envira-gallery id=”81477″]

Bahkan, SK-II turut akan melancarkan beberapa buah filem pendek yang diarahkan oleh Virgile Textier dan Guillaume Cagniard dari Hossegor. Filem-filem pendek ini mendokumentasikan momen manis perjalanan setiap selebriti yang turut serta dalam kempen.

 

Ikuti #BareSkinProject atau semak akaun Instagram untuk potret-potret eksklusif lain.

 

MAGIS SKII

 

Facial Treatment Essence merupakan inovasi kecantikan pertama SK-II yang formulanya masih kekal sama sejak lebih 37 tahun lalu dan mengandungi 90% PITERA™. Inti pati signatur SK-II Pitera ™ adalah bahan bio-semula jadi yang mengandungi lebih daripada 50 nutrien mikro seperti vitamin, mineral, asid amino dan asid organik. Essence ini menjanjikan untuk mengubah lima dimensi kulit menjadikan kulit jernih dan ini merupakan kunci yang memungkinkan kempen #BareSkinProject.

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *